BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, February 14, 2011

Najib apahal..?dah kecut ke..dengar berita dari mesir..


Najib tak perlu bagi amaran

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak menggunakan demonstrasi jalanan sebaliknya memastikan demokrasi di negara ini tidak tercemar.

"Saya harap apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia menjadi pengajaran kepada semua negara diktator.

"Perdana Menteri memberi amaran jangan buat seperti di Mesir, sebenarnya amaran itu tak perlu buat kerana kalau ada demokrasi tak berlaku seperti di Mesir. Beri kebebasan kepada rakyat berhimpun, berceramah, berorganisasi dan polis pengawal keamanan bukan penjaga rejim seperti yang berlaku di Mesir," tegasnya.

Tambahnya, pemerintah diktator tidak akan kekal lama sebaliknya akan digulingkan jika rakyat benar-benar bangkit.

"Selepas 30 tahun sudah tumbang dan semalam dilaporkan polis pula buat tunjuk perasaan minta kenaikan gaji. Ini jadi pengajaran sebab tak ada negara lagi melainkan India yang tukar rejim melalui pilihanraya. Thailand, Indonesia, Filipina, Iran, Tunisia dan sekarang Mesir pula menggunakan perarakan rakyat untuk menjatuhakn kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyertai Solidariti Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir menyerahkan nota ucapan tahniah kepada rakyat Mesir kepada pihak kedutaan negara itu di sini, hari ini.

Solidariti itu menuntut Majlis Tertinggi Tentera Mesir agar terus memberikan ruang demokrasi kepada rakyatnya.

Setiausaha Parti Sosialis Malaysia, Arutchelvan sewaktu membacakan kenyataan bersama solidariti itu berkata, Majlis Tentera juga harus segera mengembalikan kuasa kepada rakyat negara itu.

"Reformasi ini harus bermula sekarang seperti yang ditunjukkan oleh jutaan rakyat Mesir ini," kata beliau selepas penyerahan nota itu kepada wakil kedutaan berkenaan.

Solidariti juga menuntut tindakan setimpal dikenakan kepada pihak yang melakukan kekerasan dengan menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata sewaktu menyuraikan penunjuk perasaan.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pula berkata, solidariti berkenaan bangga dengan keberanian rakyat Mesir menyatakan bantahan dan tidak berganjak dengan pendirian mereka sehingga Mubarak berundur.

"Hari ini kita hantar nota ucapan tahniah kepada rakyat Mesir sebagai tanda sokongan kita kepada kebangkitan mereka.

"Setelah 18 hari tidak berganjak daripada bantahan itu akhirnya rejim Hosni Mubarak terpaksa berundur," kata beliau selepas penyerahan tersebut.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula mengingatkan kerajaan BN agar mengambil iktibar daripada kejatuhan rejim Mubarak.

"Ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kerajaan dan harus menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia.

"Kuasa di tangan rakyat. Rakyat boleh buat (jatuhkan kerajaan) jika mereka mahu," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai memberitahu, ahli parlimen Pakatan Rakyat akan mendesak kerajaan membubarkan deklarasi darurat di Malaysia pada sidang Parlimen Mac depan.

"Wakil Pakatan Rakyat akan mendesak agar deklarasi darurat yang sudah 51 tahun masih lagi aktif di Malaysia berbanding hanya 30 tahun di Mesir. Tak ada sebab tak boleh dibubarkan. Kalau benar-benar serius tarik balik deklarasi darurat di negara kita," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails