BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, February 28, 2011

PRK:Ini baru permulaan..akan ada ramai lagi..

isu isu sebegini akhirnya akan makan UMNOBN itu sendiri..rakyat dah semakin cerdik..lain hal..ahli UMNO dari lembu menjadi kerbau dengan kerelaan dan wang..selepas ini akan ramai dan dibanyak tempat...ingat balik sewaktu PRK Bkt Gantang..heboh 1 malaya...penduduk changkat Ibol masuk UMNO ramai-ramai...sebenarnya hanya seorang penyokong UMNO masuk UMNO..sehingga sekarang ..orang itu sendiri menjadi kera sumbang dikampung sendiri..kerana Kg Changkat Ibol terkenal dengan PAS..walau pun ada penyokong dan ahli umno..tetapi mereka tidak mahu isytiharkan diri mereka sebagai UMNO..kerana mereka sendiri malu untuk tonjol diri sebagai UMNO...
soooo insiden yang dicanang UMNO akhirnya akan memakan diri mereka sendiri...

Wanita PKR masuk UMNO


IPOH – Seramai 154 ahli-ahli Wanita Pakatan Rakyat (PKR) hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang didakwa tidak mempunyai kredibiliti dan hala tuju perjuangan yang ikhlas.

Jumlah berkenaan meliputi ahli-ahli dari Ipoh Barat, Tambun, Chemor dan beberapa cabang lain bersama 34 wanita yang belum menyertai sebarang parti telah sepakat untuk menyertai UMNO.

Bekas Naib Pengerusi Cabang Ipoh Barat, Siti Aminah Mansor berkata, sepanjang 10 tahun bersama PKR, terbukti perjuangan dan kepimpinan parti hanya untuk kepentingan peribadi, bukan untuk kebaikan rakyat.

Menurutnya, PKR sudah menjadi parti yang penuh dengan masalah perebutan kuasa sehingga sering melupakan ahli di peringkat akar umbi yang bertungkus lumus bekerja menghidupkan parti.

“Kepimpinan Wanita PKR dilihat mempunyai sikap tidak berbaik, suka berpuak-puak, suka menabur fitnah, malah menjadikan parti sebagai hak milik peribadi pemimpin semata-mata,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat UMNO, dekat sini, semalam.

kalau teringin nak baca lagi..klik disini

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails