BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, February 14, 2011

Padan Muka UMNO Mesir...kan dah terkantoi...

Krisis Mesir: Tentera bubar Parlimen, gantung perlembagaan

February 14, 2011

KAHERAH, 14 Feb — Pihak berkuasa tentera mengumumkan keputusan membubarkan Parlimen Mesir dan menggantung perlembagaan negara itu — dua hari selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan selepas 30 tahun berkuasa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi stesen TV kerajaan semalam, majlis tertinggi tentera berkata, mereka akan kekal dalam kuasa selama enam bulan atau sehingga satu pilihan raya yang baru diadakan.

Parlimen semasa Mesir didominasi oleh penyokong Hosni yang tumbang ekoran kebangkitan rakyat selama 18 hari ini Jumaat lalu.

Sebelum ini Hosni berkata mahu kekal sebagai presiden sehingga September ini.

Kenyataan itu berkata, majlis tertinggi tentera akan menggantung perlembagaan dan akan membentuk sebuah jawatankuasa untuk menggubal perlembagaan baru sebelum diadakan pungutan suara.

Perlembagaan semasa menghalang banyak parti dan kumpulan bertanding dalam pilihan raya, menyebabkan parlimen Mesir dikuasai penyokong-penyokong dari Parti Demokratik Nasional, yang setia kepada Hosni.

BBC juga melaporkan pengumuman itu bermakna pilihan raya kemungkinan akan diadakan Julai atau Ogos ini berbanding September.

Laporan Reuters memetik pembangkang Ayman Nour, yang mencabar Hosni pada pemilihan presiden 2005 berkata, langkah tentera itu menunjukkan “kemenangan revolusi.”

Sementara itu, perdana menteri sementara Ahmed Shafiq berkata, keutamaan mereka sekarang ialah memulihkan keselamatan Mesir.

Ketika bercakap pada sidang media sebelum pengumuman itu katanya, “tumpuan Kabinet sekarang ialah keselamatan, kami perlu mengembalikan harapan keselamatan kepada rakyat Mesir.”

“Selari dengan itu kami juga mahu memastikan kehidupan seharian rakyat Mesir kembali normal dan keperluan asas seperti roti dan rawatan kesihatan ada bagi mereka,” katanya.

Katanya, negara itu cukup simpanan untuk menghadapi krisis ekonomi tetapi jika ketidakstabilan berterusan, ia akan menjadi “penghalang.”

Sementara itu pihak berkuasa mengenakan larangan ke luar negara ke atas tiga pegawai kanan Hosni iaitu bekas perdana menteri Ahmed Ahmed Nazif, bekas menteri dalam negeri Habib al-Adli dan Menteri Penerangan semasa Anas al-Fekky. Mereka sedang disiasat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails