BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, June 2, 2011

Anak Tok Guru T.ketua Pemuda yang baru

Nik Abduh kini Tim.Ketua Pemuda PAS

Posted by admin on June 2nd, 2011

Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kini menerajui Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) setelah berjaya mengenepikan penyandang jawatan itu, Azman Shapawi. Beliau memperoleh 260 undi manakala Azman hanya memungut 94 undi pada pemilihan Muktamar DPPP ke 52 di Dewan MBSA, di sini petang tadi.

Keputusan itu diumumkan wakil Jawatankuasa Pemilihan Pemuda PAS Pusat, Dr Sufian Husin petang tadi.

Nik Abduh berkata, secara jujurnya beliau mengakui tiga lagi calon bagi jawatan berkenaan lebih berkelayakan dari segi sumbangan kepada parti berbanding dirinya.

“Saya fikir mungkin sesetengah perwakilan itu mereka nak tunjuk rasa cinta kepada ayahanda selaku Mursyidul Am.

“Mungkin saya dapat undi itu. Nak kira kerja saya berbanding sahabat saya yang lain ini, saya berada di belakang mereka,”katanya kepada pemberita di sini Khamis mengulas kemenangannya.
“Soal kelayakkan, saya fikir mereka lebih layak, tapi bila diberikan amanah, saya kena pikul. Saya minta maaf kerana kami terpaksa bersaing sesama sendiri.

“Kami berjaya tunjuk ikatan kami dalam Pemuda ini kukuh walaupun ada persaingan di Timbalan dan Naib.

“Saya akan jadi pembantu yang setia kepada ketua,” katanya.

Seramai 655 perwakilan membuang undi pagi ini bagi memilih pucuk kepimpinan DPPP bagi sesi 2011-2013.

Ketua DPPP Nasrudin Hassan Tentawi sedia maklum menang tanpa bertanding manakala jawatan Timbalan Ketua menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Dua calon lain ialah Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar yang mendapat 193 undi dan Suhaizan Kaiat (107).

Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob memenangi jawatan naib ketua apabila memperolehi 421 undi dengan menewaskan Mohd Nasir Zakaria yang hanya memperoleh 228 undi.

Seramai 12 Ahli Jawatankuasa DPPP yang dipilih serta jumlah undi yang diperolehi adalah seperti berikut;

1) Riduan Mohamad Nor – 561
2)
Khairul Faizi Ahmad Kamil – 502
3)
Ahmad Baihaki Atiqullah – 492
4)
Mohd Adram Musa – 427
5)
Kamaruzaman Mohamad -328
6)
Ahmad Fadhli Shaari – 325
7)
Khalil Abdul Hadi – 320
8)
Mohd Nazri Chik – 307
9)
Syed Abdul Kadir Syed Hussin Al-Joofre – 275
10)
Mohd Sany Hamzan – 282
11)
Mohd Yusni Mat Piah – 269
12)
Mohd Nor Hamzah -267


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails