BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, June 2, 2011

Dinar dan Dirham mendapat sambutan UMNO..naik meroyan..

Nik Aziz: 20,000 peniaga seluruh negara sedia guna dinar

June 02, 2011
Mata wang dinar dan dirham yang dilancarkan kerajaan negeri Kelantan Ogos lalu.
SHAH ALAM, 2 Jun — Kerajaan negeri Kelantan telah mendapat persetujuan daripada 20,000 pemilik kedai di seluruh negara yang sanggup menerima mata wang dinar dan dirham sebagai tukaran mendapatkan barangan mereka, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Kerajaan negeri itu memperkenalkan mata wang itu Ogos lalu.

“Pada kesempatan ini juga, sukalah saya mengulangi tekad kerajaan Kelantan untuk terus istiqomah melaksanakan sistem kewangan Islam.

“Selain berjaya menggerakan sistem perbankan tanpa riba dan pajak gadai ar-rahn, kita juga telah memperkenalkan mata wang syariah dinar dan dirham berasaskan emas dan perak. Alhamdulillah, kita telah mendapat persetujuan dari 20,000 pemilik kedai di seluruh negara yang sanggup menerima mata wang dinar dan dirham sebagai tukaran untuk mendapatkan barangan mereka,” kata Menteri Besar Kelantan itu.

Berucap pada Muktamar Dewan Muslimat PAS di sini hari ini, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, sebagai tanda sokongan daripada warga Dewan Muslimat PAS sekalian, “saya mencadangkan agar setiap daripada kita seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya sekeping dinar atau dirham dalam poket masing-masing.”

“Maka dengan ini, sebagai tanda kejayaan tersebut, saya bersedia menyumbangkan tiga dinar emas dan tiga dirham perak pada nilai hari ini untuk Tabung Pilihan Raya Muslimat PAS Pusat, alhamdulillah,” kata beliau.

Langkah kerajaan negeri itu dihentam oleh kerajaan pusat dan pemimpin Umno.

Menjawab kecaman itu ketika itu, Nik Aziz berkata Umno akan terus membangkang apa sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri untuk rakyat di negeri itu.

“Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno mudah untuk dijangka, apa saja yang baik datang dari Kelantan pasti akan dibangkang habis-habisan oleh Umno.

“Sebut sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan Kelantan, berduyun-duyun pemimpin Umno menunjukkan cerdik memberi komen,” kata beliau.

Malah ketika pelancaran, kira-kira 1,000 peniaga di Kota Baru dilaporkan bersetuju untuk menerima dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka.

Dinar dan dirham itu dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade.

September lalu, Kelantan Golden Trade berkata, respons terhadap mata wang syariah dinar dan dirham sangat menggalakkan dengan jualan RM1.5 juta telah disempurnakan dalam tempoh tiga minggu pertama sejak diperkenalkan.

Sehubungan itu, KGT bercadang untuk memperkenalkan mata wang tersebut di Selangor dan Kedah yang diterajui Pakatan Rakyat (PR).

Terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan ketika pelancaran harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736).

Satu dirham pula bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails