BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, June 25, 2011

kahk kahk kahk ..ini jadahnya BILA UNDANG UNDANG TIDAK DOHORMATI oleh Pemegang Amanah sendiri..

Polis kepung lokasi, jelajah Himpunan Bersih 2.0 di Shah Alam batal

June 25, 2011
Beberapa anggota polis mengawal ketat lokasi program jelajah menjelang Himpunan Bersih 2.0 di Shah Alam malam tadi. — Foto oleh Jack Ooi
















SHAH ALAM, 25 Jun — Program jelajah menjelang Himpunan Bersih 2.0 di sini malam tadi dibatalkan selepas polis mengepung lokasi kempen dengan mengadakan sekatan jalan di beberapa kawasan di ibu negeri Selangor ini.

Selain itu, pihak polis juga menahan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Annuar di lokasi majlis itu.

Khairul, yang mengenakan kemeja-T Bersih 2.0, ditahan dan digari ketika mendekati pentas yang kosong di Seksyen 24.

Di pentas pula diletakkan kain rentang “Haraf Maaf, Pentas Ini Ditutup” dengan logo PDRM.

Lokasi itu dimaklumkan sebagai kawasan larangan dengan diletakkan pita kuning yang tertera mesej “Dilarang Melintas”.

Bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud, yang dijadualkan bercakap pada majlis itu tidak muncul manakala tiada sesiapa yang lain dilihat mengenakan kemeja-T Bersih 2.0.

Beberapa peniaga di kawasan Uptown Shah Alam memberitahu The Malaysian Insider bahawa pelanggan mereka tidak dibenarkan masuk kawasan perniagaan ekoran sekatan jalan polis.

Selain di Shah Alam, program jelajah juga telah diadakan di Kluang, Johor.

Program seumpama itu akan diadakan di beberapa kawasan lain malam ini dan esok.

Dalam pada itu, Setiausaha AMK Selangor Mohd Rezwan Alias berkata pihaknya telah memutuskan untuk menghantar seramai 1,000 ahli Skuad AMK Selangor untuk bertugas semasa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Katanya, pendirian AMK Selangor amat konsisten dalam menyokong perhimpunan ini dengan mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya agar menerima lapan tuntutan Bersih iaitu membersihkan senarai pengundi, merefomasikan undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses kepada media bebas dan adil, masa kempen minimum 21 hari, mengukuhkan institusi awam, menghentikan politik rasuah dan menghentikan politik kotor.

1 comment:

Anonymous said...

itu kurang lg bro.suruh PDRM pergi ke luar negara,sbb demo ni bkn di malaysia je beb!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails