BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, June 1, 2011

Penjelasaan cerita Ular berkepala Biawak...

Kickdefella: Bukan masa bagi saya jawab dakwaan blog pro-Umno

June 01, 2011

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang mesra dikenali “Kickdefella” berkata, “belum sampai masa” bagi beliau untuk menjawab dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya beliau menerima bayaran dan berkempen untuk Datuk Husam Musa yang bertanding kerusi naib presiden PAS.

Syed Azidi berkata, beliau juga tidak mahu memberi kenyataan sehingga ia boleh menjejaskan proses pemilihan parti itu, di mana ia akan memberikan “kelebihan kepada mana-mana calon yang bertanding.”


PENJELASAAN:

Pegawai: Husam tak temu Kickdefella di China, ‘ia permainan Umno-BN’

June 01, 2011

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Datuk Paduka Husam Musa tidak pernah mengadakan sebarang pertemuan dengan pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang mesra dikenali “Kickdefella” bagi mendapatkan bantuannya berkempen menghadapi pemilihan PAS yang berlangsung sekarang.

Husam, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, bertanding semula kerusi naib presiden kali ini.

Sehubungan itu pegawai khas Husam, Kamarulzaman Abdullah berkata, perkembangan terbaru itu terbukti bahawa Umno-BN terkesan dengan kedudukan beliau dan barisan kepimpinan PAS akan datang.

“Isu yang dimainkan adalah permainan Umno-BN untuk menghalang Datuk Husam berada di tangga naib presiden untuk pemilihan kali ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Husam, juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan, yang kini berada di Madras, India tidak dapat dihubungi.

Muktamar PAS Kali Ke-57 bermula lusa, dan turut menyaksikan pemilihan dua tahun sekali.

Kamarulzaman berkata, Husam yang berada di China dari 21 hingga 26 Mei lalu mempunyai jadual lawatan kerja rasmi yang ketat dan tidak mengadakan pertemuan dengan Syed Azidi.

“Datuk Husam pergi ke China dan ada membawa dua orang pemberita, jika pun ada pertemuan sedemikian sudah pasti telah disiarkan oleh akhbar-akhbar terbabit,” katanya yang turut menolak dakwaan bahawa Syed Azidi dibayar RM300,000 sebagai upah berkempen kali ini.

Terdahulu dalam komennya kepada The Malaysian Insider, Syed Azidi menegaskan, “belum sampai masa” bagi beliau untuk menjawab dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya beliau menerima bayaran dan berkempen untuk Husam.

Syed Azidi berkata, beliau juga tidak mahu memberi kenyataan sehingga ia boleh menjejaskan proses pemilihan parti itu, di mana ia akan memberikan “kelebihan kepada mana-mana calon yang bertanding.”

“Saya rasa bukan masa bagi saya menjawab, tidak perlu untuk saya jawab,” kata beliau kepada The Malaysian Insider tengah hari tadi.

Salah satu blog pro-Umno mendakwa pihaknya ada mendengar kononnya Syed Azidi menerima bayaran sebanyak RM300,000 daripada “orang Husam”.

“Saya cuba juga risik sana sini tapi tiada siapa yang boleh mengesahkannya. Malam tadi perkara berkenaan mula kecoh di Twitter dan Facebook. Kalau dah kecoh, mungkinlah itu semua ada asasnya,” kata blog rbfonline yang turut menyenaraikan lima persoalan bagi Syed Azidi.

Selain Husam, turut bertanding jawatan naib presiden PAS ialah Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Selain itu, blog tersebut juga bertanya sama ada Syed Azizi ada bertemu dengan Husam di China bagi merancang strategi untuk kemenangan Husam dalam pemilihan PAS.

Syed Azidi pernah berkhidmat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai pegawai perhubungan awam dan dilihat rapat dengan Husam.

Sehubungan itu, beliau pernah membantu Husam dalam menghadapi pemilihan dua tahun lalu sebelum berhenti akhir 2009.

Bagaimanapun Syed Azidi berkata, beliau masih merasakan Husam seorang yang “pemimpin yang istimewa.”

“Saya masih percaya Husam seorang yang istimewa, adalah seorang pemimpin yang istimewa,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails