BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, October 27, 2011

Dah puas Bodek..sekarang nak gelak kat orang..bila nak ikut stail lama dia...haruuuuu...

PANDAI PULAK NAK GELAK SAKAN BILA DAH JADI PESARA..MASA BERKUASA TAK MAU..NAK SEKARANG BILA ORANG NAK GUNA PAKAI TAKTIK DIA..BERIA RIA NAK GELAK....HI HI HI KHIK KHIKKKKKKKK..aku pun nak tergelak.

Rashid: Kajian penggunaan dakwat kekal 'lawak besar'
Aidila Razak

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya , Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang dibidas teruk kerana menarik balik keputusan untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya 2008 berkata beliau masih tetap menyokong penggunaan dakwat berkenaan.

abdul rashid abdul rahmanMalah, katanya, tamparan akibat penarikan keputusan itu beberapa hari sebelum pilihan raya umum 2008 sebegitu hebat, sehingga beliau menganggapnya sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.

"Saya juga menimbangkan kemungkinan meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan,” dedahnya dalam dalam satu temu bual menerusi e-mel dengan Malaysiakini minggu lalu.

Menurut Abdul Rashid, belia menyokong penggunaan dakwat bukan kerana terdapat bukti penipuan berlaku tetapi untuk meyakinkan orang ramai dengan integriti pilihan raya.

Justeru, kata beliau, dakwaan SPR hari ini yang mengaku sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar".

Mungkin enggan mencari musuh-musuh terutama sebagai seorang pesara, Abdul Rashid memilih untuk tidak membuat kecaman terus dalam jawapannya kepada Malaysiakini, terutamanya mengenai topik pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.

NONEKatanya, sikap beberapa sektor kerajaan yang menyumbang kepada keputusan penggunaan dakwat kekal ditarik balik sebagi "tidak bertamadun dan bodoh". Tindakan itu, menurut beliau sedikit sebanyak menyumbang kepada bantahan yang merebak ke jalanan pada Julai lalu.

Abdul Rashid, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai isu-isu yang lebih kontroversi, seperti kenaikan secara mendadak bilangan pengundi, khususnya di Sabah.

1 comment:

Anonymous said...

Di akhirat esok kalau dia tak bertaubat rasanya dia ni dalam kategori 2 dari 3 hakim. Semoga dia memperbetulkan kembali kesilapannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails