BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, December 11, 2009

ayyyyyooooo.ini hakim besar pun kena report ke??

Laporan polis dakwa hakim beri keterangan palsu

yang nak siasatnya siapa ya.....musa hasan?..khak kahk khak...beranike dia nak siasat Datuk Gopal....banyak jasa mu dikenang....

Satu laporan polis dibuat terhadap Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Gopal Sri Ram, mendakwa beliau telah memberi keterangan palsu dalam satu kes saman sivil awal tahun ini.

Laporan polis itu dibuat oleh bekas rakan kongsi firma guamannya - peguam kanan C Vijaya Kumar - di ibupejabat polis Kuala Lumpur Isnin lalu.

Difahamkan satu lagi aduan turut dibuat kepada Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi mengenai perkara tersebut.

gopal sri ramIni merupakan kali pertama laporan polis dibuat terhadap seorang hakim Mahkamah Persekutuan.

Dalam laporan itu - di mana salinannya diperolehi Malaysiakini - peguam tersebut mendakwa Gopal (kanan) berbohong dalam keterangan di bawah sumpah apabila mendakwa dia membayar cukai bagi sejumlah RM700,000 yang diterimanya dari bekas firma guamannya, Sri Ram & Co.

Firma guaman itu membuat bayaran tersebut melalui akaunnya di Bank Tokyo pada 16 julai 1996. Bayaran itu adalah sebahagian daripada syarat yang dipersetujui sebagai insentif kepada Gopal untuk melepaskan kepentingannya dalam firma berkenaan.NONEBagaimanapun, Vijaya mendakwa, butiran yang terkandung dalam penyata cukai dan notis penilaian bagi tahun berkenaan, tidak menyebut tentang pendapatan tersebut.

Oleh itu, beliau mendakwa hakim kanan tersebut telah melakukan pemalsuan, satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan dan membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan didenda.

Atas sebab-sebab yang sama, kata Vijaya dalam laporan polisnya itu, Gopal juga telah melanggar Akta Cukai Pendapatan 1967.

Gopal yang dinaikkan pangkat dari Mahkamah Rayuan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan awal tahun ini, dijadual bersara tahun depan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails