BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, December 8, 2009

Pengerusi JKKK berkepala Biawak...

Makan buah, acara penutup tahun ini


TAMAN KUNING SARI – Program Mesra Taman dan Makan-makan Buah-buahan Tempatan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan UMNO Cawangan Taman Kuning Sari mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar.

Pengerusi JKKK Larut Ulu, Tajie Hussin berkata, program itu adalah acara penutup bagi tahun ini.

Menurutnya, majlis itu turut diserikan pelbagai acara lain seperti sukaneka bagi kanak-kanak, cabutan bertuah dan pertandingan permainan tradisional.

“Majlis ini adalah kali pertama digabungkan dengan program sukaneka di mana sebelum ini hanya mengadakan majlis biasa untuk menjamu penduduk makan buah-buahan tempatan.

“Majlis ini juga bertujuan mengeratkan hubungan penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa, malah pada masa yang sama dapat mempraktikkan gagasan 1Malaysia,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis itu di Dewan Orang Ramai Taman Kuning Sari, kelmarin.

Tajie berkata, selain merapatkan silaturahim, majlis itu juga dapat memanfaatkan cuti hujung minggu bersama keluarga dan jiran tetangga.

“Bukan selalu boleh berjumpa dan beramah mesra dengan jiran kerana pada hari biasa semuanya keluar bekerja,” katanya.

Katanya, buah-buahan tempatan itu disumbangkan oleh penduduk dan orang perseorangan di sini.

“Buah-buahan ini ada yang disumbangkan, malah ada juga dibeli untuk menambahkan lagi buah sedia ada.

“Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa (AJK) yang terlibat dan bertungkus-lumus menjayakan majlis ini,” katanya.

Beliau berkata, tanpa perancangan terperinci daripada semua AJK sudah tentu majlis itu tidak akan berjalan lancar.

“Ada yang menjaga bahagian makanan, pendaftaran, hadiah, urus setia sukaneka, memasak kuih dan sebagainya,” katanya.

Tajei berkata, kebanyakan makanan yang disediakan menepati cita rasa penduduk terutama yang menggemari durian.

“Antara resipi yang mendapat sambutan adalah pulut durian bersama santan, durian mentah, bubur durian, cucur durian dan banyak lagi.

“Saya berharap majlis ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan lebih meriah,” katanya.
saya ingat lagi masa PR haritu,,dia ambil borang pas,katanya nak Jadi Ahli Pas..sekeluarga...tapi sekarang dah jadi org kanan kepada PEMBELOT..sokong UMNO yang nak mampus..ingat penduduk Air Kuning..kalau Pilihan Raya akan datang PR berjaya memerintah ..org-org semacam ini kena kuburkan....jangan biarkan ular berkepala 2..bersama-sama anda.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails