BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, January 18, 2010

ALLAH berkawasan-kawasan ..ikut UMNO

apa nak jadi dgn otak-otak udang pimpinan...Guna Nama Allah dalam kawasan-kawasan tertentu...hampeh betoi....

Nazri: Bukan Islam di Pulau Pinang, Wilayah juga boleh guna ‘Allah’


TERKINI
KUALA LUMPUR, Jan 18 — Masyarakat bukan Islam di tiga negeri dan Wilayah Persekutuan kini boleh menggunakan kalimah “Allah”, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar).
Minggu lalu, beliau berkata kerajaan membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak untuk merujuk Tuhan dalam bahasa kebangsaan.
Dengan itu mereka di Pulau Pinang dan Wilayah-wilayah Persekutuan juga boleh menggunakan kalimah “Allah” yang menjadi kontroversi sekarang.

Pendirian itu difahamkan berkaitan dengan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
“Pada pandangan saya, keputusan mahkamah hanya efektif bagi Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang, bukan negeri-negeri lain yang ada undang-undang ini (enakmen),” kata beliau.

“Saya tidak fikir bahawa perlu diluluskan undang-undang (enakmen) di Sabah dan Sarawak. Saya merasakan ia menjadi budaya di sana tetapi berbeza di sini,” kata beliau merujuk kepada Semenanjung.
Setakat ini 10 negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan menguatkuasakan enakmen itu yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan secara bertulis atau lisan ungkapan dan perkataan yang dilarang.
Bagaimanapun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tetap berpendirian bahawa masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak tidak harus menggunakan lagi kalimah “Allah” di gereja masing-masing untuk merujuk kepada Tuhan dalam bahasa kebangsaan.
Sehubungan itu Jakim juga berpandangan tidak harus ada dua set undang-undang dan peraturan dalam menguatkuasakan soal larangan penggunaan kalimah tersebut.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider pada Sabtu lalu, Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata semua pihak perlu menghormati undang-undang sedia ada bagi mengelakkan perkara-perkara yang bermasalah berlarutan.
Laporan dua hari lalu menyebut Pulau Pinang juga akan menguatkuasakan larangan tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails