BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, January 24, 2010

Kalau betul cerita ..laporan dari utusan merapu ini!!!!!!!!!

kalau betul cerita seperti yang dilaporkan oleh utusan merapu ini....k`jaan selangor kena kaji balik ..risiko  seekor lagi BIAWAK HIDUP dalam PR....PKR juga kena ..kaji..jangan sampai biawak ini menjadi bangkai katak....

Zulkifli buat aduan polis terhadap Khalid Samad




ZULKIFLI Nordin membuat laporan polis terhadap Khalid Samad mengenai kalimah Allah di Balai Polis Jalan Masjid India, semalam.





KUALA LUMPUR 23 Jan. - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini membuat laporan polis mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terus mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Jalan Masjid India di sini, kira-kira pukul 5.30 petang.
Zulkifli dalam laporannya itu turut melampirkan kenyataan Khalid dalam satu artikel bertajuk 'Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan zaman' yang disiarkan laman portal Malaysiakini, kelmarin.
Dalam artikel tersebut, Khalid dipetik sebagai menyatakan, enakmen agama Islam yang melarang pengunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.
Zulkifli menyifatkan kenyataan Khalid dalam artikel itu sebagai berunsur hasutan dan menghina Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri itu serta menghina umat Islam secara umumnya.
"Saya juga percaya bahawa kenyataan beliau itu boleh mewujudkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan benci-membenci di antara umat Islam dengan penganut agama Kristian serta lain-lain agama," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.
Baru-baru ini, Khalid dikritik pelbagai pihak termasuk Zulkifli berikutan sokongannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.
Malah, Zulkifli turut mengesa Khalid supaya keluar daripada Pas ekoran pendiriannya yang tidak selaras dengan perjuangan Islam yang dibawa parti itu.
Zulkifli menggesa polis supaya menjalankan siasatan terhadap Khalid mengikut Akta Hasutan atau Seksyen 298A Kanun Keseksaan atau undang-undang Islam bagi negeri Selangor.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails