AG: Dr Pornthip tidak laku kesalahan
Pakar patologi terkemuka, Dr Pornthip Rojanasunand - saksi penting dalam inquest Teoh Beng Hock - tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung dakwaan berlaku kebocoran hasil laporan bedahsiasat kedua.
"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pejabat AG dan peguam negara, Tan Seri Abdul Gani Patail meminta saya mengumumkan bahawa Dr Pornthip tidak melakukan sebarang kesalahan.
"Tidak ada tuduhan yang akan dibuat terhadap Dr Pornthip," katanya.
Menurutnya lagi, polis juga mendapati Dr Pornthip tidak melakukan sebarang kesalahan.
Kontroversi yang mengaitkan Dr Pornthip dengan kebocoran hasil laporan bedahsiasat kedua itu, timbul selepas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan terhadap pakar patologi Thailand itu pada 1 Januari lalu.
Keluarta Teoh telah mempersoalkan tindakan Raub membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip dan kemudiannya memfailkan permohonan menghina mahkamah terhadap pegawai SPRM itu. Permohonan tersebut sedang didengar di hadapan Azmil hari ini.
Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas dia memberi kenyataan sebagai saksi dalam siasatan dakwaan salahguna peruntukan ADUN di Selangor, di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama pada 16 Julai tahun lalu.
baca lagi:>>>>
No comments:
Post a Comment