BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, January 18, 2010

Zambry jumpa Najib bincang bubar DUN?

Bubar dun satu bab,tapi boleh ke PR menambahkan kerusi DUN paling tidak pun mengekalkan kerusi PRU 12..itu yang menjadi tanda tanya??..sekarang ramai YB_YB PR bermasaalah kalau mengikut pendapat Rakyat.seperti  DUN Changkat jering,dari pada 50 pengundi yang ditemui(mmg tiada Dokumentasi)hampir 70% peratus.... kalau letak lagi Calon Keadilan alamat bungkus DUN c,jering,manakala di DUN Kuala Sepetang walau pun YB dari Keadilan tapi prestasi amat buruk...membuat pengundi-pengundi serik untuk mengundi kembali calon Keadilan,baru ini pulak ada khabar melalui DAP ,Titi Serong pun hadapi masaalah seperti Kuala Sepetang.kalau dah semuanya bermasaalah..apa cara untuk mengekalkan kerusi PR yang dimenangi dalam PRU 12.??????


KUALA LUMPUR, 18 Jan: Beberapa perkembangan terbaru di negeri Perak memberi keyakinan akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) itu dalam sedikit masa lagi.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu beberapa petanda menuju ke arah itu sedang berlaku.

Ianya termasuk pertemuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi baru-baru ini sehingga Zambry didakwa sanggup meninggalkan Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak.

"Datuk Seri Zambry yang sanggup tidak hadir ke Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP)  yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak baru-baru ini di lihat ada perkara lebih penting yang akan di bincangkan dengan Datuk Seri Najib di Arab Saudi," kata Mohd Nur Amin selaku pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.

Selain itu menguatkan lagi keyakinan mereka akan berlakunya pilihanraya adalah maklumat yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadap Seri Paduka Sultan Perak dalam satu majlis awal November lalu.

Sehubungan itu, pemuda PAS Perak mengarahkan semua jentera Pemuda PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya supaya bersedia dengan pembubaran DUN itu.

Awal Februari ini, kerajaan Perak diteraju Zambry akan mencapai usia setahun pentadbirannya.
sumber:harakahdaily.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails