KETUA Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan
(kanan), melihat kepala babi yang diletakkan pihak tidak
bertanggungjawab di perkarangan Masjid Al-Imam Al-Termizi, Taman Seri
Sentosa, Kuala Lumpur. - Foto Sairien Nafisahh kan dah kata...aritu,,diusungnya kepala lembu.oleh kaum-puak satu partai...sekarang dilontar kepala babi..mungkin sebab dia perasaan kut babi ..haram.. tak jadi nak usung..lempar saja....ku tahu..kau tahu...kita semua nya tahu...he he ..kerja siapa
Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid
TERKINI dikemaskini 12:05am Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini.
Kepala
babi berkenaan dijumpai di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di
Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan
Klang Lama.
Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak
dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang
membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.
Serangan
ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31
Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah
sebagai terjemahaan untuk 'God'.
Menurut saksi, dua kepala babi
dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak
menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.
Selain kepala babi, kepingan wang kertas juga ditemui ditaburkan di di situ.
Menurut wartawan Malaysiakini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya datang untuk menyiasat kawasan kejadian.
Wang juga dijumpai bertaburan
Sementara
itu, satu beg plastik yang berisi dua kepala babi hutan di temui di
tempat letak kereta Masjid Al-Imam Al-Tirmizi oleh seoang penduduk,
Sharif Shaari, 57, yang datang pada jam 5.45 pagi tadi untuk
mengerjakan solat Subuh.
Sharif, seorang peniaga, bersama
seorang kawannya ternampak beg plastik itu tetapi tidak menyangka ia
berisi kepala babi, lalu mereka terus masuk ke masjid untuk mengerjakan
solat.
Selepas mengerja solat Subuh, mereka keluar semula untuk
memeriksa beg tersebut dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi
dua kepala babi hutan.
Mereka juga ternampak kepingan wang kertas
ditaburkan di situ. Ia termasuk keping wang seringgit, lima ringgit dan
sepuluh ringgit yang semunya berjumlah RM35.
Mereka kemudian terus masuk semula ke masjid dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid berkenaan, Zulkifli mohamad.
Seorang daripada mereka menelefon pihak polis yang tiba kira-kira 6.40 pagi tadi.
No comments:
Post a Comment