dok tunggu....bila pulak sultan Perak nak jadi imam..saya jadi makmumnya.....emmmm
KOTA BHARU, 15 Jan: Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali.
Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.
Lain
pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad
Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat
Kelantan.
Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan
Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk
Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil
rakyat dan pegawai kerajaan.
Program tersebut juga mencatat satu
sejarah baru di Kelantan apabila kelihatan hampir semua ketua jajahan
dan pegawai tadbir negeri hadir.
Sedangkan sebelum ini padang
bola di Stadium Sultan Mohammad Ke IV hanya dipenuhi penyokong PAS dan
Pakatan Rakyat menghadiri program solat hajat dan ceramah di situ.
Malam tadi suatu kelainan disaksikan sepanjang PAS menerajui Kelantan hampir 20 tahun.
Sebelum itu solat Maghrib diimamkan mufti dan Ketua Hakim Syarie pula mengimamkan solat Isya.
Biar
pun kehadiran pada program itu tidak mampu menandingi program politik
dianjurkan PAS dan Pakatan, namun suatu kelainan dirasakan apabila ia
turut dihadiri Pemangku Raja.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata,
satu sejarah baru berjaya dicetus di Kelantan malam tadi apabila
Pemangku Raja menjadi imam solat hajat memohon kesejahteraan sultan dan
kehidupan rakyat.
“Sepanjang usia ambo lebih 75 tahun tidak
pernah melihat ada Pemangku Raja yang menjadi imam solat. Biarlah kita
mulakan usaha murni ini di Kelantan.
“Kalau sebelum ini kita lihat Ketua Polis Negeri menyampaikan khutbah lengkap dengan pakaian polis di mimbar Jumaat.
“Kesemua
perubahan itu berlaku di Kelantan,” katanya melahirkan rasa gembira
ketika menyampaikan kuliah ringkas pada majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment