HANTU….Polis keluar dari persembunyian cuba lari macam dikejar hantu. Pendakwaraya Sukor (gambar kanan)
Oleh: HAFIZ JAMAIL
“Itulah
kiasan PDRM sekarang,” ujar Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar
Ebrahim sebagai mengulas tindakan ‘kurang ajar’ dan ‘pengecut’ Polis
terhadap beliau.
Pada
13 Januari 2010, Mahkamah Majistret Kota Kinabalu telah mula mendengar
pembelaan Hassnar yang didakwa di bawah Ordinan Kesalahan Kecil.
Mantan
Ketua Daerah Sandakan itu telah diperintah oleh Majistret Puan Herlina
Muse membela diri atas tuduhan mengaibkan dua anggota Polis dengan
berkata; “anjing punya Polis dan Polis makan rasuah.“
Dalam
penghakimannya pada 17 Disember 2009, majistret itu mendapati pihak
pendakwa berjaya membuktikan terdapat ‘prima facie’ kes terhadap
tertuduh.
Apabila
disoal oleh Hj. Ansari Abdullah, selaku Peguam belanya Hassnar berkata
pada hari kejadian dia sedang memeriksa dan berada di sebuah unit
apartmen miliknya terletak lebih kurang dua minit berjalan kaki jauhnya
dari Pejabat Zaharah Hotel Apartmen di Api Api Centre, Kota Kinabalu.
“Sedang
saya memeriksa hotel saya menerima panggilan telefon dari seorang
kakitangan mengatakan ada dua orang laki-laki memperkenalkan diri
mereka sebagai Polis marah-marah di Pejabat. Saya memberi tahu
kakitangan saya supaya memaklumkan kedua-dua individu berkenaan supaya
tunggu hingga saya datang,” kata Hassnar.
“Setiba
di pejabat lebih kurang dua minit kemudian saya dimaklumkan kedua-dua
individu yang perkenalkan diri mereka Polis telah tergesa-gesa beredar
keluar setelah seorang daripada mereka terlihat gambar saya yang
bergantung di dinding sebuah bilik di Pejabat saya”
“Saya
pun arahkan kakitangan saya bernama Suharto supaya ikut saya turun
untuk kenalpasti dan tunjukkan mana kedua-dua orang tersebut,” sambung
Hassnar kepada Majistret.
Apabila
ditanya oleh Hj Ansari mengapa dia beria-ia benar mahu jumpa kedua-dua
individu berkenaan, Hassnar memaklumkan kepada Mahkamah dia mengambil
berat insiden sedemikian kerana perkerjanya sering saja dianiaya oleh
individu yang mengaku mereka Polis tetapi merampas wang gaji mereka
setelah perkerjanya ditahan
“Salah
sorang perkerja Indonesia berbangsa bugis pasportnya masih ada pada
saya. Gajinya dirampas kemudian dia ala kadar segera telah diusir
keluar balik ke Indonesia”
Ditanya
oleh Pegawai Pendakwa jika dia boleh buktikan dakwaan olehnya itu
Hassnar berkata dia bersedia memanggil mangsa yang pernah dianiaya
Polis ke Mahkamah.
Ketika
rehat apabila ditanya oleh krew Sabahkini.net apa cadangannya
menghadapi cabaran akibat tindakan Polis mendakwanya di bawah Ordinan
Kesalahan Kecil, mantan Ketua Daerah Sandakan itu berkata dia tidak
keberatan kemukakan bukti kepada Mahkamah tentang semua salah laku dan
salah gunakuasa yang kerap dilakukan oleh anggota PDRM di Sabah.
“Saya
sedia beri bukti kepada Mahkamah bahawa pendakwaan ini adalah
konspirasi beberapa anggota Polis untuk mensabitkan saya dengan
kesalahan jenayah dengan niat mewujudkan rekod saya sebagai
penjenayah..”
“Pendek
kata, saya sedia buktikan sebilangan besar anggota Polis yang bertugas
di Negeri Sabah sekarang ini lebih tepat diibarat Harapkan Pagar, bukan
saja Padi di makan malah Petani pun mereka telan,” kata Hassnar kepada
krew Sabahkini.net di ruang legar Mahkamah Majistret 2, Kota Kinabalu.
Pada Februari 2009 Sabahkini.net telah melaporkan tindakan pihak Polis mengenakan tiga pendakwaan ke atas Hassnar.
“Pendakwaan
ini berniat jahat. Ianya adalah tindak balas beberapa anggota PDRM
kerana saya telah failkan saman terhadap mereka di Mahkamah Tinggi
Sandakan,“ sambung Hassnar sambil menyerah satu salinan Writ Saman yng
difailkannya di Mahkamah Tinggi Sandakan.
“Dengan
menyalahguna kuasa Polis, mereka cuba ugut saya supaya menghentikan
tindakan saya menyaman Polis yang tidak amanah serta mendedahkan
salahlaku polis, yang kini integriti mereka dipersoal rakyat Malaysia”
tambah Hassnar setelah Mahkamah berhenti rehat pada tengah hari.
Dalam
perbicaraan yang dijalankan, pendakwaan dilaksanakan oleh Sukor Abu
Bakar sementara Hassnar dibela oleh Hj Ansari Abdullah.
Krew
Sabahkini.net menghadapi kesukaran mengambil gambar beberapa anggota
polis yang hadir untuk memberi keterangan terhadap Hassnar kerana
anggota PDRM terbabit telah menutup muka mereka untuk mengelak gambar
mereka diambil.
Apa
yang menghangatkan suasana ketika pendakwaan terhadap Hassnar
berlangsung adalah cubaan beberapa anggota Polis bersembunyi di bilik
bahagian bawah Mahkamah Majistret Kota Kinabalu setelah kes selesai
didengar.
Jurugambar
Sabahkini.net terpaksa menunggu hampir 40 minit selepas bicara selesai
kerana tiga anggota Polis yang datang memberi keterangan telah
bersembunyi di sebuah bilik di bahagian bawah Mahkamah apabila mereka
tahu krew Sabahkini.net hendak mengambil gambar mereka.
Menyedari
jurugambar enggan mengalah dan oleh kerana semua kakitangan Mahkamah
telahpun pulang, Inspektor Hazlee, L/Koperal Hamid Paku dan Koperal
Ahmad kemudian keluar dengan berjalan seperti orang dikejar hantu
selaju mungkin untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa lensa
kamera jurugambar Sabahkini.net.
Untuk
rujukan pembaca, Sabahkini.net akan siarkan Writ Saman, difailkan oleh
Hassnar pada Januari 2009, yang dipercayai telah menyebabkan pegawai
atasan Polis Kontingen Sabah naik berang seterusnya mengenakan tiga
saman terhadap Hassnar sebagai tindak balas.
|
No comments:
Post a Comment