NASIB BAIK CINCIN PEMBERIAN KAWAN..KALAU CINCIN PERTUNANGAN..HARUS.. PUTUS SUDAH IKATAN KASIH..HE HE HE
9 jam cabut cincin
KOTA BHARU: Seorang pelajar politeknik berdepan detik mencemaskan apabila terpaksa diusung ke hospital selepas cincin besi pemberian rakannya sebagai tanda persahabatan gagal ditanggalkan menyebabkan jari kelengkengnya membengkak hingga terpaksa mendapatkan khidmat sepasukan anggota bomba untuk membantu mengeluarkan perhiasan itu.POTONG...anggota bomba berusaha memotong cincin besi yang terlekat di jari Muhaimin, semalam.
Bagaimanapun, usaha petugas HUSM mengeluarkan cincin dipakai Pelajar Politeknik Kota Bharu itu menemui kegagalan sebelum sepasukan anggota bomba dipanggil bagi membantu.
Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu bergegas ke hospital terbabit sejurus mendapat panggilan kecemasan jam 12.45 tengah malam.
Tiga percubaan anggota bomba termasuk menggunakan alat khas pemotong cincin dan pemotong besi kecil gagal manakala alat pemotong besi besar turut patah pada percubaan terakhir.
Selepas tujuh jam bertungkus lumus, mangsa akhirnya terpaksa dibedah kira-kira jam 3 petang semalam.
Pembedahan dilakukan pakar bedah HUSM pada jari kelingking mangsa berjaya mengeluarkan cincin berkenaan dua jam kemudian. Menceritakan detik mencemaskan itu, Mohd Muhaimin, berkata, dia tidak menyangka cincin pemberian seorang rakannya tiga hari lalu mengundang bahaya apabila gagal dikeluarkan dari jari kelengkeng.
“Mulanya memang tidak terasa sakit dan ketika disarungkan tiga hari lalu, cincin itu mudah ditanggalkan.
“Namun kelmarin, cincin itu tidak boleh ditanggalkan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dan jari kelengkeng terasa begitu sakit,” katanya.
Pegawai Bomba Kanan, Pasukan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Abdul Aziz Sulong berkata, pihaknya membawa bersama beberapa peralatan khas untuk memotong cincin terbabit, namun buatannya yang agak keras dan licin menyukarkan alat pemotong digunakan.
No comments:
Post a Comment