*9hb keputusan MP akan memihak kepada PR:DS Nizar akan menghadap Sultan untuk bubar dun....:aiii senang sangat.
*9hb keputusan MP akan memihak kepada BN:zambry akan terus duduk dikerusi empuk yang dirampasnya.
*9hb sebelum keputusan MP :zambry akan menghadap sultan untuk bubarkan DUN.
*9hb sebelum keputusan MP: akan diisytihrkan kekosongan 3 DUN.
*9hb keputusan MP:memihak kepada Zambry..DS Nizar and the geng akan cuba menghadap Agung..aiiiii agung bercuti untuk menerima Rawatan...sekarang diganti oleh Timbalan...????persoalan...???
banyak sangat andaiaan dan telahan...kami seperti biasa akan terus bekerja,,,seperti biasa walau pun banyak sangat andaian 2 dilontarkan masuk kanan keluar kiri....berjuangan hingga titisan darah terakhir..jangan mati dalam andaian..tapi mati dalam PERJUANGAN ISLAM...
apa pun tunggu aje 9 hb...boleh tunggu beratus hari takkan lagi belas hari tak boleh tunggu.
Nizar, usah bermimpi jadi MB
Setelah beberapa bulan ditangguh, akhirnya Mahkamah Persekutuan akan
membuat keputusan pada 9 Febuari ini untuk memuktamadkan siapa Menteri
Besar Perak sama ada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin atau Dato
Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Bagi saya Nizar tidak perlu bermimpi
untuk jadi Menteri Besar kerana beliau memang sudah jadi Menteri Besar
Perak yang sah.Biasanya orang bermimpi kerana terlalu memikirkan atau
teringinkan sesuatu. Mimpi juga dikatakan mainan dalam tidur.
Apa
perlu Nizar bermimpi kerana sememangnya beliau Menteri Besar Perak yang
sah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya berdasarkan prinsip
demokrasi.
Mana ada sejarah mana-mana tamadun dan negara era moden ketua
sesebuah negara atau negeri dipilih oleh mahkamah. Kalau macam tu lebih
baik tak payah buat pilihanraya. Bukan sahaja buang duit rakyat tetapi
juga membazir masa.
Lagipun yang bakal membuat keputusan nanti
ialah mahkamah Malaysia yang diselubungi dan dikaitkan dengan pelbagai
isu serta skandal yang tak selesai-selesai. Apapun keputusan mahkamah
nanti pada 9 Febuari ini tidak mampu menyelesaikan konflik politik di
Perak. Ini kerana pemilihan Menteri Besar kali ini telah mengikut lunas
di luar tabie.
Jika Nizar menang, adakah orang Umno@BN akan
berdiam diri? Begitulah sebaliknya jika Zambry menang. Inilah padahnya
bila sistem demokrasi dalam negara dikhianati dan dicabuli.
Tetapi
sekurang-kurangnya apabila Nizar menang akan mengembalikan semula hak
rakyat untuk memilih siapa Menteri Besar mereka yang sah kerana Nizar
dan Pakatan Rakyat Perak cukup konsisten dengan pendirian untuk memohon
perkenan Sultan untuk membubarkan DUN.
No comments:
Post a Comment