BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, January 19, 2010

Mangsa Trajedi Bot terbalik......PP

Kerajaan Negeri akan siasat: Guan Eng

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri mungkin menubuhkan jawatankuasa siasatan sendiri untuk menyiasat punca kejadian perahu naga yang terbalik di Pantai Macallum, di sini pagi semalam.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu di peringkat negeri sebelum membuat keputusan mengenainya.

“Mungkin terlalu awal untuk memberitahu perkara ini kepada orang ramai. Kita akan mengkajinya terlebih dahulu.

“Jika perlu kita akan tubuh jawatankuasa siasatan itu,” katanya kepada media selepas melawat keluarga mangsa di tempat kejadian.

Beliau turut mendengar taklimat daripada pasukan polis serta Bomba dan Penyelamat usaha yang dilakukan setakat ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga akan berbincang kemungkinan menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa yang terlibat.

“Kita akan bincang terlebih dahulu sebelum menentukan bentuk bantuan yang sesuai untuk mereka,” katanya tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Guan Eng turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat sambil berharap orang ramai berdoa agar mangsa yang masih hilang dapat ditemui segera.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails