30,000 ke GegaRia...sendiri tengok sendiri nilaile....selalunya..sifar dia orang out bila nak buat laporan
TAIPING: Lebih 30,000 pengunjung hadir pada hari pertama penganjuran Karnival GegaRia Harian Metro yang berlangsung dalam suasana meriah di Taman Tasik Taiping, di sini, semalam.Selain penduduk bandar ini, karnival berkenaan turut dikunjungi penduduk daerah sekitar, termasuk Bagan Serai, Bukit Merah, Kuala Kangsar dan Ipoh.
Malah, rakan penaja seperti Celcom, Marigold, URC Snack Food, Modenas dan A&W menawarkan pelbagai produk menarik pada harga berpatutan, khususnya buat pengunjung.
Hadir sama memeriahkan karnival itu semalam adalah Ketua Pegawai Eksekutif, The News Straits Times Press (M) Bhd, Datuk Anthony Firdauz Bujang dan Timbalan Pengarang Kumpulan HM/MA, Abdul Ghaffar Ismail.
Karnival gilang-gemilang itu dimulakan dengan pertandingan ‘fit soccer’ pada jam 9 pagi selain pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan pada sebelah petang pula diadakan program khas bersama penaja seperti pertandingan teh tarik bersama MariGold dan pertandingan makan dan minum bersama A&W.
Anthony berkata, beliau gembira dengan sambutan hebat yang diterima dan berharap lebih ramai pengunjung datang memeriahkan karnival yang pertama bagi tahun ini.
Sementara itu, beberapa lagi aktiviti akan berlangsung hari ini termasuk pertandingan akhir ‘fit soccer’, senamrobik, Metro Idol, Pertandingan Juara Band, bersama penaja di Pentas Rap, bersama Celcom di Pentas Rap, persembahan artis Aura Seri, persembahan kebudayaan dan pertandingan akhir Metro Idol.
Semua aktiviti itu akan bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir dengan pertandingan akhir Metro Idol yang dijangka tamat pada jam 11.45 malam.
No comments:
Post a Comment