MB Perak: Mahkamah Persekutuan putuskan 9 FebMahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah menteri besar Perak yang sah.
Dalam twitternya, pemimpin DAP, Lim Kit Siang menulis bahawa mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan.
Sebelum
ini, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat rayuan berhubung
keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry
Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.
Pada Julai,
Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Mohammad Nizar untuk rayuan
selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham
dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan
Sri Abdul Ghani Patail, tidak membantah berhubung permohonan itu.
Pertikaian
bagi jawatan menteri besar Perak bermula selepas tiga anggota dewan
undangan negeri meninggalkan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dan
memberikan sokongan kepada BN pada Februari.
Mohammad Nizar, 52,
kemudian memfailkan semakan kehakiman menuntut writ "quo warranto"
dikeluarkan terhadap Zambry untuk tunjuk sebab berhubung atas asas apa
atau hak beliau (Zambry) adalah Menteri Besar yang sah.
Pada 11
Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar
sebagai Menteri Besar Perak yang sah tetapi keputusan itu diubah oleh
Mahkamah Rayuan pada 22 Mei.
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa
Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Mohammad Nizar atas
alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan Sultan,
dan sebaik seorang menteri besar dilantik, beliau dan Ahli Majlis
Mesyuaratnya hanya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan
tidak kepada mana-mana pihak yang lain.
Mahkamah Rayuan pula
memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah, adalah betul dalam melantik Zambry
sebagai Menteri Besar yang baru mengikut Artikel 16(2) Undang-undang
Tubuh Negeri Perak, selepas berpuas hati Zambry mendapat sokongan
majoriti daripada Dewan Undangan Negeri Perak.
No comments:
Post a Comment