BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, January 29, 2010

Tahap..pemikiran PHD distinction.kueik kuiek......tahap cipan...

mamat seekor ini...masa bila pulak, PHD distinction ini diiktiraf MB..mahkamah mana yang sahkan dia mb..Dewan Undangan Negeri Mana yang sahkan dia..speaker mana yg sahkan dia...tahap pemikiran cipan betoilah..diani..rosak nama mamak sekampung aje...PHD distinction konon..ha ha ha ha ... nak pertikai apa nama..hang itu sedaq le sikit sapa yg ikhtiraf hang....buat malu sedunia betoi si mamat siullll ini...

Dr Zambery - Saya masih MB sehingga 9 Feb

Jumaat, 2010 Januari 29 IPOH - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, beliau tetap meneruskan tugasnya mentadbir negeri itu seperti biasa sehingga 9 Februari ini.

Pada masa sama, katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya menerima apa sahaja keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan pada tarikh itu.

“Saya tidak akan mempertikaikannya demi menghormati prinsip Kedaulatan Undang-Undang di negara ini, tidak sebagaimana dilakukan Pakatan Rakyat (PR).

“Ini berbeza dengan PR yang pastinya akan melakukan pelbagai provokasi bagi mempengaruhi rakyat dan mempertikaikan keputusan berkenaan sebagaimana mereka lakukan sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah pada tarikh 9 Februari ini, sama ada beliau atau Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.

Dr Zambry berkata, pihak berkenaan juga sewajarnya melaksanakan tugas sebagai pemimpin dengan turun padang dan melihat sendiri pelbagai permasalahan rakyat, bukan sibuk ke sana ke sini menjaja cerita meracuni pemikiran rakyat.

Kata beliau, ini kerja yang dilakukan PR selama ini dan yakin rakyat sudah boleh berfikir secara rasional berhubung perkara itu.

“Kali ini saya berharap PR dapat menghormati undang-undang demi kebaikan bersama,” katanya.

Diminta mengulas hasrat Mohammad Nizar hendak menghadap Sultan Perak bagi memohon membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika keputusan berpihak kepadanya, Dr Zambry berkata, beliau sama sekali tidak akan berbuat demikian.

“Ini hanya permainan yang dicipta PR yang kini seolah-olah mahu mengheret saya supaya terjebak sama dalam sandiwara itu. Mereka yang memulakan permainan ini dan seharusnya mereka menamatkannya. Saya seperti biasa akan meneruskan tugas,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails