Azmin: Saya ada maklumat ahli Umno terlibat bakar gereja
PETALING JAYA, 27 Jan: Naib Presiden Parti Keadilan
Rakyat (PKR), Azmin Ali akan mendedahkan satu maklumat yang
diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes
serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda
Umno.
Bercakap kepada pemberita, beliau berkata sedang mengumpul
maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum.
Selain
nama, beliau juga sedang dalam usaha mendapatkan nombor kad pengenalan
dan nombor keahlian Umno kesemua mereka yang didakwa terlibat.
"Berdasarkan
senarai nama tertuduh yang telah didakwa di mahkamah, sebahagian
daripada mereka pemuda Umno bahagian Gombak dan bahagian Ampang.
"Maklumat
awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli
Umno, malah cawangan mana pun saya sudah perolehi," katanya yang juga
Ahli Parlimen Gombak.
Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, terbakar diserang dengan bom api.
Pada masa sama, beliau mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Najib
Razak menjawab segera dakwaan penglibatan ahli Umno dalam kes terbabit.
"Saya lihat trend hari ini, survival Umno itu hanya boleh diperolehi melalui permainan isu kaum dan agama.
"Saya harap Umno hentikan sentimen seperti ini kerana ia cukup bahaya kepada rakyat Malaysia," katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu melawat tempat kepala babi yang
dilontar di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya awal
pagi ini.
Berhubung hal itu, PKR jelasnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.
Islam
tegasnya tidak menganjurkan perbuatan khianat seperti itu apatah lagi
yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dikalangan rakyat
Malaysia yang majmuk.
"Pihak polis harus kerah seluruh kekuatan
yang ada untuk menjaga ketenteraman awam dan bukan menjaga keselamatan
dan ketenteraman pemimpin Umno dan Barisan Nasional sahaja," katanya.
No comments:
Post a Comment