BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, January 23, 2010

Kerja gila atau KERJA arahan orang-orang GILA???????

Serangan gereja di Taiping, tujuh direman
Polis menganggap tiga kejadian kebakaran yang membabitkan dua gereja dan sebuah pondok pengawal sebuah sekolah di Perak baru-baru ini selesai dengan tertangkapnya tujuh lelaki hari ini.

Suspek berkenaan berusia antara 17 hingga 29 tahun dan ditahan di empat lokasi berasingan di sekitar Taiping.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, semua mereka ditahan dalam operasi yang bermula malam semalam dan berakhir pagi tadi.


Bercakap pada sidang media di Taiping, beliau berkata “polis telah mendapatkan perintah tahanan reman enam hari bermula hari ini sehingga 27 Januari bagi membantu siasatan.”

Katanya, tempoh tahanan reman itu akan dilanjutkan jika diperlukan.

Beliau berkata kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah.
Siasatan awal juga mendapati kejadian khianat yang berlaku tidak didorong oleh mana-mana kumpulan atau organisasi, katanya.

"Suspek tidak menganggotai sebarang kumpulan atau organisasi tetapi dipercayai melakukan perbuatan khianat secara spontan sebagai reaksi terhadap isu penggunaan kalimah "Allah" yang dilaporkan media, katanya.

Zulkifli berkata sisatan awal mendapati suspek hanya merupakan sekumpulan kawan-kawan sekitar Kamunting yang bertindak sendiri.
Dua daripada lelaki itu bekerja di sektor swasta, manakala tiga lagi menjalankan perniagaan sendiri dan dua lagi tidak bekerja.
Boleh dipenjara maksimun 20 tahun
"Ia perbuatan nakal, reaksi terhadap isu yang kecoh (dalam media)", katanya.
Katanya penangkapan itu adalah hasil maklumat orang ramai dan siasatan rapi yang dijalankan polis.
Beliau berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 436 dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Hanya sebuah gereja terdapat kesan kebakaran dan kesan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 436 iaitu melakukan khianat dengan api yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Bagi dua kes lagi ia disiasat mengikut Seksyen 295 kerana kesalahan
merosakkan tempat ibadat dan awam yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun dan denda.

Dua buah gereja terbabit ialah Gereja All Saints di Jalan Taming Sari dan Gereja Katolik St Louis yang terletak bersebelahan sekolah Menengah Convent Taiping telah dilempar dengan bom api.
Kedua-dua buah gereja berkenaan tidak mengalami kerosakan manakala insiden di sekolah itu membabitkan kerosakan kecil apabila cermin kaca pondok pengawal pecah.
Lapan lelaki ditahan Rabu lalu

Pada Rabu lalu, dua beradik dan bapa saudara mereka adalah antara lapan lelaki yang ditahan berhubung kes pembakaran gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 8 Januari lalu.

Semua mereka juga dikenakan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan.

Sejak 8 Januari lalu, beberapa tempat ibadat- sebahagian besarnya gereja - menjadi sasaran serangan bom api dan perbuatan vandalisme.

Ia dipercayai berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengetepikan larangan kerajaan ke atas bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God'.

Ekoran itu, mahkamah berkenaan memutuskan bahawa mingguan Katholik, Herald, boleh menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Malaysianya.

Bagaimanapun, keputusan itu ditangguhkan sementara menunggu selesai rayuan oleh kerajaaan terhadapnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails