bila timbul ragu-ragu eloklah jauhinya
Nada dering azan haram
KAHERAH: Mufti Mesir, Ali Gomaa mahukan masyarakat Islam menjawab azan yang dilaungkan di masjid, bukan apabila ia berdering menerusi telefon bimbit.Beliau semalam mengeluarkan fatwa mendesak masyarakat Islam berhenti menggunakan bacaan ayat suci al-Quran atau azan sebagai nada dering. Menurutnya, ia tidak sesuai, mengelirukan dan mencemari kata-kata Tuhan.
“Kata-kata Allah itu amat suci. Allah mengarahkan kita menghormati dan mengagungkanNya,” kata Ali.
Menurutnya, penganut Islam diwajibkan bersolat lima kali sehari dan masa itu diumumkan hanya dengan azan dari masjid.
“Azan adalah untuk mengumumkan waktu solat. “Menggunakannya untuk nada dering membawa kepada kekeliruan.” Nada dering Islamik begitu popular di Mesir, Arab Saudi, Tebing Barat dan negara Islam lain.
Sekumpulan ulama Saudi baru-baru ini juga merayu rakyat negara itu supaya tidak menggunakan ayat suci sebagai nada dering.
Di Mesir, azan atau ayat al-Quran bukan setakat popular sebagai nada dering.
Ia juga dijadikan skrin saver dan pesanan teks dalam ucapan sempena sambutan hari kebesaran.
Nada itu boleh dimuatturunkan dari Internet, laman web syarikat telefon bimbit dan disiarkan menerusi stesen televisyen.
Majoriti penduduk Mesir berfahaman Sunni dan terdapat hampir 50 juta pengguna telefon bimbit.
Mereka yang mahukan nada dering Islamik, mufti itu mencadangkan mereka menggunakan nasyid. — Reuters
No comments:
Post a Comment