PUTRAJAYA 18 Jan. - Kerajaan-kerajaan negeri campuran parti
pembangkang tiada kuasa mengisytiharkan sendiri pembubaran Dewan
Undangan Negeri (DUN) masing-masing berlainan dari tarikh pembubaran
Parlimen.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof (gambar)
berkata, Menteri Besar atau Ketua Menteri hanya memperakukannya tetapi
kuasa mutlak di tangan Sultan atau Yang Dipertua Negeri sahaja.(pengerusi pinggan Mangkuk di kampung lagi bijak..siapa yg kata kuasa membubar dalam tangan MB....semua tau kuasa SULTAN atau YD Negeri)
"Katakan Selangor dan Pulau Pinang hendak mengadakan pilihan raya
negeri sendiri, dalam soal ini kedua-dua negeri ini tidak boleh
sewenang-wenangnya membubarkan DUN.
"Ini kerana kuasa mutlak membuat keputusan terletak pada perkenan
Sultan, Raja atau Yang Dipertua Negeri, sama juga seperti berlaku di
Perak tempoh hari yang mana DUN tidak boleh dibubarkan tanpa perkenan
Sultan Perak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Semalam, Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya
berkata, BN negeri tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri di bawah
pakatan pembangkang diterajui DAP akan mengadakan pilihan raya lebih
awal.
Abd. Aziz bagaimanapun berkata, setakat ini SPR belum menerima
sebarang pandangan, permintaan atau cadangan rasmi daripada parti-parti
pembangkang yang menguasai empat negeri berhubung ura-ura untuk
menjalankan pilihan raya negeri yang berasingan daripada pilihan raya
umum.
"Setakat ini kita hanya mendengar desas-desus atau spekulasi yang
diuar-uarkan menerusi media mengenai kemungkinan Selangor dan Pulau
Pinang mahu mengadakan sendiri pilihan raya negeri," katanya.
Menurut beliau, implikasi yang dijangkakan oleh SPR sekiranya
negeri-negeri tadbiran campuran pembangkang berbuat demikian ialah
kemungkinan ia mengakibatkan kesukaran untuk mengawal kelancaran proses
pilihan raya.
"Ia akan menelan belanja besar, malah kemungkinan dari aspek kawalan
keselamatan dan ketenteraman awam sukar dikendalikan kerana para
penyokong parti-parti bertanding akan bergerak dari satu negeri ke satu
negeri untuk menunjukkan kekuatan," katanya.(ah elek//sapa selama ini yg jadi dajjal kalau bukan UBN)
No comments:
Post a Comment