BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, January 31, 2010

UMNO..semakin gila,,,







Thaipusam : Ribuan Rakyat Selangor Tolak Kekerasan Polis, 

Ribuan rakyat Selangor hadir pada majlis Thaipusam anjuran kerajaan negeri Selangor di Batu Caves malam tadi, meskipun polis mengenakan kekangan yang dilihat sebagai cubaan langsung untuk menggagalkan majlis itu.

Hadir Majlis Kerajaan Negeri

Polis merobohkan sebuah pentas yang didirikan oleh kerajaan negeri untuk majlis berkenaan, setelah  memberi kelulusan terlebih dahulu. 

Tindakan polis itu dikaitkan kepada cubaan memastikan rakyat hanya hadir untuk  lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke tapak itu malam tadi dan memulau majlis anjuran kerajaan negeri yang di atur jauh lebih awal.
Tindakan polis merobohkan pentas berkenaan  memaksa kerajaan negeri membatalkan pertunjukkan kebudayaan yang bertujuan memupuk keharmonian kaum.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan EXCOnya  tetap mengambil keputusan untuk hadir  merasmikan majlis sambutan itu walaupun mereka terpaksa  berdiri atas beberapa meja yang diatur bersebelahan sebuah trak penguasa tempatan.
Meskipun majlis  diadakan sejurus selepas Perdana Menteri Najib Razak melawat tapak itu, namun sambutan rakyat Selangor  untuk pemimpin kerajaan negeri Selangor tetap hangat, khususnya daripada kaum India.
Tan Sri Khalid menyampaikan bantuan berjumlah RM1 juta, kepada badan amal serta sekolah Tamil di sekitar Selangor dan berjanji kemewahan Selangor akan terus  dikongsi bersama dengan rakyat.
Beliau berkata sebarang usaha untuk menyekat  kerajaan negeri daripada mendampingi rakyat akan terus ditolak, walaupun ia membabitkan jabatan persekutuan seperti polis.
Beliau juga menyampaikan mesej tajam kepada pemimpin persekutuan yang cuba membelakangkan hak dan kuasa-kuasa kerajaan negeri yang dilantik rakyat.
"Kita bukan menidakaan kehadiran kerajaan persekutuan. Sebagai tuan rumah kita menyambut baik kehadiran mereka. Tetapi mereka bukan tuan rumah di negeri Selangor. Mereka hanya tetamu. Saya harap perkara ini dapat difahami supaya kita dapat meraikan apa sahaja perayaan bersama- sama," kata Tan Sri Khalid.
Polis dilihat sebagai bertindak di luar bidang kuasa apabila merobohkan pentas kerajaan negeri sehari sebelum  Najib melawat tapak itu.
Umumnya, hanya penguasa tempatan mempunyai kuasa menentukan kesesuaian mendirikan pentas dalam sesuatu premis seperti Batu Caves  setelah mengambil kira kepentingan semua pihak.
EXCO kerajaan negeri Xavier Jayakumar berkata  Polis tidak membantah pembinaan pentas kerajaan negeri apabila usul itu dibuat tetapi kemudian mengarahkan supaya ia dirobohkan atas alasan keselamatan.
Beliau berkata alasan itu tidak masuk akal kerana pentas berkenaan tidak mengancam keselamatan mana-mana pihak.
Ratusan ribu orang  membanjiri Batu Caves malam tadi dan hari ini untuk bersembahyang  dan membayar nazar.
Kerajaan Negeri telah meletakkan perayaan Thaipusam sebagai satu tarikan pelancong sempena kempen pelancongan Selangor Shine sepanjang tahun ini.
Hasil publisiti meluas kerajaan negeri di dalam dan luar negara, ribuan pelancong tempatan dan luar Negara bertumpu ke tapak bersejarah Batu Caves untuk sambutan terbesar Thaipusam  di rantau Asia Tenggara.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails