Buat julung kalinya, pergerakan pemuda Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bersatu dalam mengecam beberapa siri serangan ke atas rumah ibadat.
Ia diterjemahkan menerusi kenyataan media bersama yang dikeluarkan hari ini.
"Kami berpendirian yang isu ini melampaui batasan agama, politik dan bangsa. Apabila perpaduan rakyat Malaysia diancam, pemimpin muda sanggup mengenepikan perbezaan politik bagi mempertahankan keharmonian negara," menurut kenyataan itu.
Kumpulan pemuda itu juga beranggapan tindakan mencemarkan rumah ibadat suatu tindakan yang melampau, biadap, bacul dan amat bertentangan dengan nilai-nilai agama serta tatasusila yang menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia.
Parti-parti politik yang menandatangani kenyataan media itu ialah:
Pemuda Barisan Nasional
Pemuda Pakatan Rakyat
Pemuda Umno
Pemuda PKR
Pemuda MCA
Pemuda Sosialis DAP
Pemuda MIC
Pemuda PAS
Pemuda Gerakan
Pemuda PPP
Pemuda PBB
Pemuda SUPP
Pemuda SPDP
Pemuda PRS
Pemuda PBS
Pemuda Upko
Pemuda PBRS
Pemuda LDP
No comments:
Post a Comment