BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, January 18, 2010

Polis..Gerak Khas....cepat dan Tepat.perbezaan Utusan meloya dan Star.

Students and families of dragon boat tragedy to be counselled


PENANG: The students and families affected by Sunday's dragon boat tragedy here will be given trauma counselling, said Sekolah Menengah Chung Ling Alumni vice president Teoh Peick Seong.
"I hope the families of the victims will be strong in light of what has happened," Teoh told reporters here.
Meanwhile, school principal Chua Yau Chou offered his condolences to the families of those who died in the tragedy.
"The school's management will launch a probe on how this tragedy could have happened," he said.
Eric Tan Leong Yit, 17, said his friend, who survived the tragedy, was the first to alert the police on the incident as soon as he came ashore.
"However, it took the police 45 minutes to arrive. It seems like the police initially did not believe it was a genuine emergency call," he told reporters at the scene.
In the incident, a teacher and a student drowned and four other students went missing after a dragon boat carrying 18 people capsized in waters about 100 metres offshore Lebuh Macallum here at 10.20am.
Search and rescue (SAR) teams so far have recovered the bodies of the student Jason Ch'ng, 17, and the teacher Chin Ai Fang, in his 20s, while police named those missing as Brandon Yeoh, 17, Yong Xiang, 16, Koh Yiz Hiang, 17, and Cheah Zi Jun, 17.
The teacher, two instructors and 15 students were on a training stint from 8am when the boat was struck by a wave some two hours later and capsized. - BERNAMA
cuba lihat yg boled dari thestar.

2 mati lemas 4 hilang:dari utusan Meloya.

PULAU PINANG 17 Jan. – Seperti kebiasaan setiap Ahad, perairan Pantai Macalum di sini, menjadi lokasi untuk pasukan perahu naga dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling berlatih mendayung.
Mereka berlatih untuk satu pertandingan yang akan diadakan pertengahan tahun ini.
Namun malang tidak berbau apabila latihan mendayung kali ini berdepan tragedi; perahu naga mereka terbalik dan karam dipukul ombak besar, kira-kira 100 meter dari pantai.
Kejadian pukul 8.45 pagi itu menyebabkan dua termasuk guru sekolah terbabit lemas manakala empat lagi masih hilang.
Seramai 12 lagi bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai.
Berikutan itu, satu pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada 60 anggota daripada Pasukan Gerakan Marin (PGM), polis, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta nelayan berpadu melancarkan gerakan mencari mangsa.
Turut membantu Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, empat mangsa yang hilang merupakan seorang pelajar tingkatan empat dan tiga pelajar tingkatan lima SMJK Chung Ling.
Menurut beliau, mereka ialah Brandon Yeoh, 17; Koh Yiz Hiang, 17; Cheah Zi Jun, 17; dan Yong Xiang, 16.
“Mangsa yang lemas ialah guru se- kolah, Chin Ai Fang, 28. Mayatnya ditemui tersangkut pada perahu itu kira-kira pukul 10.50 pagi sebelum mayat Jason Ch’ng, 17, ditemui kira-kira pukul 2.50 petang,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
Ayub memberitahu ketika kejadian, seramai 18 orang termasuk seorang guru dan dua jurulatih daripada Penang Forward Sports Club sedang menjalani latihan mendayung.
Katanya, kejadian dikatakan berpunca apabila kumpulan itu cuba membelok perahu mereka apabila melihat ombak kuat di hadapan.
“Sebelum itu, perahu tersebut dipercayai telah dilanda ombak beberapa kali tetapi berjaya dikawal.
“Namun, ombak yang datang selepas itu agak kuat sehingga perahu itu melanggar sebuah tongkang statik lalu terbalik,” katanya.
Jelas Ayub, tiga daripada mangsa yang selamat dihantar ke HPP untuk rawatan manakala sebahagiannya dirawat di tempat kejadian kerana cedera ringan di tangan dan calar-calar di badan.
Ayub berkata, berdasarkan siasatan awal, ada kalangan pelajar yang tidak memakai jaket keselamatan.
Diminta mengulas sama ada sekolah tersebut telah memaklumkan latihan itu kepada pihak berkuasa, Ayub berkata:
“Polis tidak dimaklumkan berhubung perkara itu. Namun kita akan jalankan siasatan kerana saya difahamkan latihan mendayung diadakan setiap Ahad.
“Mengikut rekod, kita tidak pernah dimaklumkan mengenai latihan ini.”
Terdahulu, Ayub melawat dan me- nenangkan keluarga mangsa yang me nunggu di tepi pantai sejak pukul 9 pagi bagi mengetahui perkembangan anak masing-masing.
Suasana pilu menyelubungi sekitar kawasan itu apabila lebih 50 orang sanak-saudara dan rakan mangsa yang hilang berdoa dan menangisi nahas tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails