BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, April 19, 2011

macam macam cara dan helah..sampaikan makcik nasi lemak yang Kuat sokong UMNO aritu pun dijadikan mangsa...colako punya BN

wooooit..hanga ingat apa yang tak kena dengan nasi lemak..hampir seluruh rakyat di1malaysia ini dah besar panjang dan berakai..macam PAS@PR dan UMNO@BN ini semuanya hasil dari makan nasi lemak disekolah..awat leni ada suara suara sumbang untuk hadkan jualan Nasi Lemak..? ada program baru atau bisnes baru nak perkenalkan makanan baru yang syarikatnya kaum puak haram BN punya..cilako betulle kau orang habis disapu semua bangsa hinggakan makcik yang buat nasilemak kat sekolah mencari sekupang dua pun hangapa nak sekat...(buat penjual penjual nasilemak yang kuat sokong Bn dalam PRU lepas...ahhh ingat dimana ada umnobn disitu ada cilako cilako yang cuba tamatkan atau hadkan kehidupaan rakyat) obesity konon..awat selama ini yang telah hidup dengan makan nasilemak takde apa pun..semua ini nak jadikan perniagaan yg menguntungkan kaum puak mereka aje..macam pelajaran dah di jadikan perusahaan,lampu motor dijadikan perusahaan dan rakyat jadi gilo..kerana memasang lampu siang hari..rakyat mendapat gelaran gilo kaum puak BN dapat untung..dasar cilako..pelajar passing mark diturunkan..sampai dapat 10 dalam pmr dan spm dah jadi perkara biasa.ibubapa pelajar sibuk bergolak gadai nak hantar anak anak lulus cemerlang sebab sebelum ini anak mereka biasa saja..tetiba bila exam dapat 10a..takkan nak biar gitu aje..habis ada kebun seekar dua dijual nak tanggung anak..yang kolej kolej persendirian tunggu kelapaq nak rembat pelajar itu.sokolej nya itu siapa tuan nya kalau bukan kroni BN...... pelajaran dijadikan perniagaan,,adoi adoi ciloko benar demo ini..rakyat masih tak sedar sedar...

Kaji semula hadkan nasi lemak


PERATURAN mengehadkan jualan nasi lemak di kantin sekolah dikatakan tidak akan membantu menyelesaikan masalah obesiti di kalangan pelajar. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan meminta kerajaan mengkaji semula arahan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti di kalangan pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat di kalangan ibu bapa masih rendah.

Sebaliknya, kata beliau, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak mereka melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta menekankan pemakanan seimbang.

"Tidak wajar penjualan nasi lemak dihadkan kerana ia makanan yang sinonim dengan masyarakat negara ini selain murah dan mengenyangkan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan semalam yang menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah bagi membendung masalah pelajar mengalami obesiti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu juga mahu pengusaha kantin hanya menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.

1 comment:

Anonymous said...

Budak obes bukan sebab makan nasi lemak je, dia makan ayam goreng, makan makanan segera, pizza, ais krim, minuman ringan dan segala mak nenek mak pak dia bagi makan di luar sekolah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails