BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, April 12, 2011

asal bela RAKYAT...kroni UMNOBN..terus akan saman..cilako punya UMNOBN

Pengurusan Kes Syabas Saman Kerajaan Selangor Ditetapkan 6 Mei
Ditulis oleh Shakira Buang
12/04/2011
Share |



KUALA LUMPUR 12 APRIL: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 6 Mei ini untuk pengurusan kes saman RM471.64 juta yang difailkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) terhadap kerajaan negeri Selangor berhubung kadar tarif air.

Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer menetapkan tarikh itu di dalam kamar apabila kes itu disebut hari ini.

Kerajaan Selangor diwakili peguam Malik Imtiaz Sarwar manakala Syabas diwakili peguam Datuk Harpal Singh.

Pada 10 Nov lepas, Syabas memfailkan saman pemula menuntut satu deklarasi bahawa berdasarkan perjanjian konsesi bertarikh 15 Dis 2004, Selangor telah berhutang dengannya sebanyak RM471,642,916 bagi tempoh 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2009.

Syabas mendakwa menerusi perjanjian itu, yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia, kerajaan Selangor dan syarikat tersebut, ia telah diberikan konsesi selama 30 tahun untuk membeli air terawat daripada operator rawatan air dan membekalkannya ke kawasan pengagihan menurut terma yang tertera dalam perjanjian berkenaan.

Melalui surat bertarikh 31 Mac 2008, Syabas telah menghantar dokumen penyemakan kepada defendan bagi menyokong permohonan syarikat itu untuk menaikkan tarif diwartakan yang sedia ada, iaitu RM1.39/m3 kepada tarif dipersetujui iaitu RM1.89/m3, bagi tempoh operasi ketiga mulai 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2011.

Syarikat itu mendakwa defendan telah gagal untuk memaklumkan kepadanya sama ada ia bersetuju menaikkan tarif diwartakan yang sedia ada kepada tarif dipersetujui.

Selain didakwa gagal memberikan maklum balas berhubung tuntutan pampasan, Syabas juga turut menuntut Kerajaan Selangor membayar jumlah itu serta-merta.

Afidavit balasan Kerajaan Negeri Selangor, yang diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Datuk Ramli Mahmud, pula mendakwa permohonan Syabas merupakan penyalahgunaan proses mahkamah, kerana industri air sedang melalui satu proses penstrukturan semula menurut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Ramli mendakwa perjanjian konsesi tidak memberikan hak automatik kepada Syabas untuk mendapatkan pengubahsuaian kepada tarif yang diwartakan pada setiap tarikh semakan seperti didakwa plaintif.

Katanya semakan tarif perlu dibuat selaras dengan terma dan syarat di dalam perjanjian, antaranya, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor perlu bersetuju dengan semakan itu.

Ramli berkata dokumen semakan yang diserahkan oleh Syabas tidak memenuhi keperluan perjanjian konsesi dan tidak ada tarif yang telah dipersetujui.

Tegas Ramli, tidak timbul isu bahawa Kerajaan Selangor bercadang mengenakan tarif lebih rendah daripada tarif dipersetujui seperti yang termaktub dalam perjanjian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails