BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, April 19, 2011

Ini baru silap Botol....

Bomoh... baru silap botol dah kehilangan nyawa..apa lagi pimpinan yang mengaku dan rasa diri hebat...silap percaturan bukan setakat nyawa melayang..negara turut hancur...

Bomoh mati terminum cuka getah muka

Oleh Siti Fatimah Hassan

PASIR MAS: Gara-gara terminum cuka getah yang disangka minuman berkarbonat ketika leka berbual, seorang bomoh meninggal dunia selepas empat hari bertarung nyawa di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), akibat kecederaan serius pada organ dalaman, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, Khamis lalu, Lijah Mamat, 88, yang mengalami masalah penglihatan leka berbual bersama kakak iparnya, Siti Hawa Ibrahim, 77, di rumahnya di Kampung Kelar, di sini, sebelum mencapai botol yang disangka minuman berkarbonat kegemarannya.

Menurut anak kedua Lijah, Abdullah Che Wook, 63, ibunya sering menggunakan cuka getah untuk berubat dan disimpan dalam botol.

Katanya, ketika leka berbual, ibunya yang sudah lanjut usia dan mengalami masalah penglihatan mencapai botol terbabit yang disangka berisi air berkarbonat kegemarannya.


Abdullah berkata, selepas beberapa minit minum cuka getah itu, darah keluar dari mulutnya menyebabkan anaknya, Rosmizan, 19, membawanya ke Klinik di Kangkong, di sini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails