BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, April 23, 2011

setakat Video lucah sumbangan Penyamun tarbus pun diminta siasat 3 kali..yang ini kita tungguuuu

kita tunggu apa Komen AG...puas hati atau minta polis siasat kembali..?hi hi hi...sangkar penuh dengan "UMPAN"

Keluarga tunggu respons AG tentukan kes Sarbaini

April 23, 2011
Isteri Allahyarham Ahmad Sarbaini, Maziah bt Manap (kiri) bersama anak perempuan mereka di Tanah perkuburan Kota Damansara 7 April, 2011. — Gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 23 April — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mahu melihat respons Peguam Negara berhubung laporan siasatan polis mengenai kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu bagi menentukan tindakan susulan pihaknya.

Peguam keluarga itu Ghazali Mohd Ramli berkata, sebarang tindakan lanjut bergantung pada keputusan Peguam Negara setelah menilai kertas siasatan yang akan diserahkan polis berhubung kematian Ahmad Sarbaini.

Ahmad Sarbaini ditemui meninggal dunia di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan pada 6 April lalu dan punca kematian adalah disebabkan kecederaan pada bahagian kepala.

“Tindakan sewajarnya akan diambil apabila diputuskan oleh pihak Peguam Negara berdasarkan laporan hasil siasatan polis.

“Setakat ini saya masih tidak boleh nak cakap apa-apa lagi, saya pun tidak tahu apa laporan itu... jadi kita tunggu keputusan Peguam Negara dulu,” kata Ghazali kepada The Malaysian Insider.

Jelas Ghazali, beliau tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan bagi mengelakkan berlaku sebarang campur tangan dalam siasatan polis.

“Kita tidak tahu apa yang berlaku, apa yang kita tahu Allahyarham jatuh dari tempat tinggi tapi sebab apa dia jatuh kita tidak tahu.

“Apa yang kita tahu banyak spekulasi sahaja, kita tidak ada maklumat dan saya percaya polis tahu apa yang berlaku... apa-apa kita tunggu sahaja keputusan Peguam Negara,” kata beliau.

Kelmarin, polis berkata kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM.

Justeru kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, kini terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.

“(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.

“Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan,” katanya.

Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.

Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.

Awal pagi semalam, The Malaysian Insider melaporkan keluarga Ahmad Sarbaini tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis sambil mendakwa ia tidak dibuat secara menyeluruh untuk mengetahui sebab-sebab kematian bapa lima anak itu.

Sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini berkata, pihaknya mempersoalkan hasil siasatan polis kerana nampaknya ia tidak dibuat secara menyeluruh selain nampaknya mahu “menyembunyikan” sesuatu daripada diketahui umum.

Ahmad Sarbaini merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

3 comments:

BZ said...

Pelik??Lihat saja lakunan 'stuntman'
diTV3.Pelakun itu BERADA DILUAR
TINGKAP dan melakunkan bagaimana
arwah jatuh.Soalannya!!MENGAPA
arwah berada diluar tingkap bangunan?????Adakah ini 'PROCEDURE'
baru SPRM,orang yang kena siasat
mesti berada diluar tingkap bangunan?
Mungkinkah ada adegan kejar mengejar
dan apabila terkepung arwah terpaksa
memanjat keluar tingkap???
Sekiranya ada.Mengapa arwah dikejar?Adakah arwah diugut yang
menyebabkannya terpaksa melarikan diri?PELIK! PELIK!

BZ said...

PELIK!!Cuba lihat lakunan 'stuntman'
diTV3.Dia berada diluar tingkap dan
melakunkan bagaimana arwah jatuh.
Soalannya.MENGAPA arwah berada di
LUAR TINGKAP BANGUNAN?Mungkinkah ada adegan kejar mengejar?JIKA ADA.
Mengapa arwah dikejar?
Adakah arwah diugut
menyebabkannya terpaksa melarikan
diri dan apabila terkepung arwah
terpaksa memanjat keluar tingkap?
PELIK!PELIK!

Anonymous said...

Yahudi adalah bangsa yang jahat....rupanya ada kat negara ni!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails