BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, April 19, 2011

Pertingkatkan Keselamatan..

kami dibukit Gantang setakat ini..van pusat khidmat pernah diconteng yang terbaru METER AIR..lesap...apa apa pun..keselamatan perlu ditingkatkan...main dengan puak puak 3/4 ini....

Pejabat PAS Pahang diceroboh
Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 19 April: Pejabat Perhubungan PAS Pahang di Jalan Dato’ Bahaman, di sini telah diceroboh masuk kelmarin sehingga menyebabkan kehilangan barang-barang strategik dipercayai untuk mencuri maklumat.

(Gambar: Salah sebuah meja kakitangan pejabat PAS Pahang yang diselongkar)

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal, berkata dalam insiden tersebut sebuah komputer riba, tiga LCD, sebuah external hard disk, berpuluh pen drive dan wang tunai telah hilang.

Katanya, pencerobohan hanya disedari oleh staf pada sebelah pagi hari Ahad apabila empat keping atap genting dan sekeping siling berukuran 4 x 4 kaki ditingkat tiga didapati pecah sementara ruangan pentadbiran pejabat berselerakan.

“Penceroboh dipercayai terdiri daripada beberapa orang dan berdasarkan kesan mereka memecah masuk untuk mencuri maklumat strategik. Jika ini benar ia amat membimbangkan.

“Politik yang sepatutnya berasaskan ilmu dan peradaban telah dicemari kegiatan samseng dan keganasan. Jadi kita harap polis segera menyiasat laporan kecurian ini,” katanya.

Roslan juga mengingatkan agar semua pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta Ahli Parlimen Pakatan Rakyat seluruh Pahang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan kawalan termasuk ke atas pimpinan parti di peringkat negeri dan kawasan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails