BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, April 10, 2011

Program Manager..Kurang cekap..?

leeeee..apa kerja ini..siapa Program Manager..mana boleh anjur Program-Program untuk menyelamatkan Rakyat..kan mereka semua selamat dibawah UMNOBN..buat le..Program bersama Rakyat dan tayangan Filem Lucah Amal..dah tentu dapat Pengawasan yang secukupnya..atau buat program program yang dapat selamat wang rakyat masuk kePoket Pimpinan UMNOBN..pun akan dapat pengawasan yang secukupnya..hi hi dunia dunia.

11 ditahan polis dalam jelajah siswa

Posted by admin on April 10th, 2011

Difahamkan pagi ini pihak berkuasa polis telah menahan wartawan serta jurugambar KeadilanDaily. Penahanan dilakukan pada kira-kira jam 10.30 pagi ini sewaktu wartawan dan jurugambar itu sedang membuat liputan satu program demokrasi rakyat di KL Sentral. Mereka berada di sana menghadiri sidang media program Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat berkomuter dari KL Sentral ke Seremban pagi ini. Program tersebut dianjurkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Selain daripada mereka berdua, yang turut ditahan bersama ialah seorang jurugambar dari TV Selangor. Selain para wartawan, pihak polis juga didakwa menahan lapan orang mahasiswa.

Wartawan KeadilanDaily tersebut yang dikenali sebagai Zhafir telah dikatakan sempat mengirim satu SMS kepada pihak KeadilanDaily.com yang mendakwa pihak polis telah merampas kad pengenalan mereka sebaik sahaja sidang media program itu selesai.

“Polis merampas kad pengenalan wartawan dan mahasiswa sebaik sahaja sidang media selesai,” kata Zhafir.

Bagi pihak penganjur pula mewakili SMM, Ahmad Shukri Kamaruddin memberitahu pula, mereka tidak berbuat apa- apa yang mendatangkan bahaya kepada orang awam sehingga perlu ditahan.

“Kita tak buat provokasi, kita cuma berkumpul untuk ke destinasi. Tiada risalah, mahu pun sepanduk sewaktu kami ditangkap,” kata Shukri.

Kesemua kesebelasan mereka kini dilapor dibawa ke Balai Polis Jalan Travers.

Sebelum ini SMM telah menjalankan siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat secara besar-besaran sebagai protes terhadap suasana politik negara yang jijik dan kotor khususnya dalam isu video lucah.

Jelajah ini diadakan pada Ahad, 10 April dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang yang bermula di Stesen Kuala Lumpur Sentral ke Seremban dan Seremban ke Kuala Lumpur Sentral.

Ahmad Shukri memaklumkan tujuan protes itu adalah protes terhadap situasi politik negara dan siri jelajah ini juga diadakan bagi menunjukkan rasa cinta dan sayang mahasiswa terhadap negara dan turut mengharapkan perkembangan politik yang lebih sihat dan konstruktif akan berlaku di dalam negara ini.

Katanya, siri jelajah itu yang dijangkakan akan menghimpunkan mahasiswa dari kampus seluruh Lembah Klang merupakan satu aktiviti jelajah terbesar yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh SMM dan merupakan salah satu usaha murni di peringkat mahasiswa untuk memulihkan kembali suasana politik Malaysia yang kian kotor di dalam rangka gerak kerja Kempen Mahasiswa Selamatkan Rakyat.

KL-Today.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails