Calon Bebas bakar 'The Rocket'
Calon Bebas bagi kerusi dewan undangan negeri Bukit Assek Hii Tiong Huat hari ini membakar 19 salinan akhbar DAP - The Rocket.Bagimanpun belum sempat api memusnahkan akhbar berkenaan beliau tiba-tiba menangis dan berkata, “Oh, saya tidak boleh buat. Ini (The Rocket) adalah suara rakyat.”
Orang ramai dan wartawan terpegun melihat apa yang berlaku.
Hii tiba-tiba kemudiannya mencurah air ke atas akhbar yang terbakar itu dan memadamkan api.
Menoleh kepada wartawan, calon Bebas itu meminta maaf kerana membakar “suara rakyat”.
“Tuhan, tolong ampunkan saya... kerana lakukan ini,” katanya sambil menanggis.
Hii, 60 tahun adalah seorang aktivis sosial yang berhasrat menyertai DAP.
Namun setelah permohonannya untuk menjual The Rocket ditolak, dia menuntut pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng supaya mengambil balik 19 naskah akhbar berkenaan yang belum terjual.
Dalam kempennya, calon Bebas itu berkata sekiranya menang beliau akan meminta Dewan Undangan Negeri Sarawak menyediakan seorang penterjemah untuk dirinya.
“Perkara pertama saya akan lalukan bawa poster ini (tuntutan bagi mendapatkan seorang penterjemah), katanya.
Poster itu tertera perkataan, “Sila meletakkan seorang penterjemah untuk saya”.
Hii, yang tidak bekerja pernah menjual batu jed dan berkata beliau berhutang bagi membayar deposit RM8,000 bagi membolehkan beliau bertanding pada pilihan raya ini.
Pada pilihan raya Sabtu ini, Hii akan berdepan dengan calon BN-SUPP Chieng Buong Toon dan Wong dari DAP.
No comments:
Post a Comment