BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, April 22, 2011

Jangan jangan Pening dengan kerenahAG..tak..!

apa pun diharap cepat sembuh dan kembali jalankan tugas dengan adil dan saksama..jangan ikut telunjuk sesiapa...kalau betul katakan betul salah katakan salah......kalau boleh katakan TAK NAK BN...hi hi hi
IGP dikejarkan ke hospital kerana keletihan
4 Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dikejarkan ke Hospital Pantai di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ismail, 58, dimasukkan ke hospital itu pada kira-kira jam 10.30 pagi selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

NONEBeliau dilaporkan tiba-tiba rebah dan mengadu keletihan.Sementara itu, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani yang dipetik Bernama berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil.

"Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini.

"Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa," katanya kepada pemberita di perkarangan pusat perubatan itu.

Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut.

Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemuramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails