apale punya Polis....rakyat ingin tahu..benarke pelakonnya itu adalah Anwar..nak sekarang dispin sebegitu rupa...mereka ke siasatan Jam Omega...aduh aduh..ini jadinya bila keikhlasan dan keadilan dalam menjalankan kewajipan digadai semata-mata mencari keuntungan dunia yang langsung tak berguna bila dah dekat nak MAMPUS...
Video seks: Polis mahu dapatkan bantuan pengedar jam Omega
KUALA LUMPUR, 11 April — Polis mahu mendapatkan kerjasama pengedar jam bagi mengenal pasti pemilik jam tangan Omega yang diserahkan oleh “Datuk T”, yang mendedahkan satu rakaman video seks dikaitkan dengan pemimpin kanan Pakatan Rakyat, bulan lalu.
Tiga “Datuk T” iaitu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuaib Lazim yang disoal siasat polis dilaporkan telah menyerahkan jam tangan Omega, didakwa milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada polis.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR telah tampil membuat penafian beliau adalah individu dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Mereka menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti selepas disoal siasat selama lima jam tiga minggu lalu.
MENYUSUL LAGI
No comments:
Post a Comment