BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, April 28, 2011

Mati 1 dah menjadi 2..kenyataan pegawai pegawai kebanyakkan Putar Belit...

sampai bila nak siap..dari Inkues dan jadi suruhanjaya..sampai sekarang entah apa keputusan..mati dari 1 dah menjadi 2..hampir kebanyakkan pegawai yang disoal semuanya putar belit..nak jadi apa kesudahannya...Putar kepala depa baru ada akai..ini akibatnya bila bekerja dengan niat kerana UMNOBN dan nak cari makan..sepatutnya bekerja dengan Niat kerana Allah...

RCI: Pegawai SPRM beri kenyataan bercanggah
Suruhanjaya diraja (RCI) yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock mendapati seorang pegawai SPRM memberi kenyataan tidak betul kepada pihak polis mengenai masa dia meninggalkan Plaza Masalam pada hari itu Teoh dijumpai mati dua tahun lalu.

Pejabat SPRM Selangor terletak di tingkat 14 menara komersial Plaza Masalam dan Teoh dijumpai mati koridor perkhidmatan tingkat lima pada 16 Julai 2009.

azlanPerselisihan masa tersebut, dibangkitkan oleh peguam Majlis Peguam, Cheow Wee ketika menyoal penolong pegawai penguatkuasa SPRM di Klang, Zukefly Aziz, yang merupakan saksi ke-55 RCI.

Cheow berkata Majlis Peguam mendapati dari rakaman CCTV bahawa Zukefly meninggalkan pejabat pada jam 6.59 pagi 16 Julai 2009 - bercanggah dengan kenyataan awalnya kepada polis yang dia meninggalkan pejabatnya pada jam 3.15 pagi hari tersebut.

Katanya, beliau membanding rakaman kenyataan polis polis baru-baru ini dan menemui percanggahan tersebut.

Zulkefly berkata, beliau tidak tahu tentang rakaman CCTV yang menunjukkan dia meninggalkan bangunan itu kemudian.

Cheow kemudiannya bertanya mengapa Zulkefly pergi semula ke pejabatnya (di Klang) pada 10 pagi 16 Julai untuk dua jam sahaja dan kemudian pulang ke rumah selepas itu?

Zulkefly menjawab dia sebenarnya tidak pulang ke pejabat hari itu.

Orang ramai di galeri awam itu kedengaran terkejut kerana dalam keterangannya semalam, Zulkefly berkata dia pergi ke pejabat pada 16 Julai 2009 melaporkan diri untuk bekerja.

Cheow kemudiannya bertanya sama ada beliau telah mengubah keterangannya?

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam keterangan hari ini, Zulkelfly memaklumkan beliau tidur di surau bangunan Plaza Massalam di tingkat 13 pada 3.15 pagi hingga 6 pagi namun selepas itu beliau kembali semula ke pejabat SPRM Selangor di tingkat 14 tetapi beliau tidak mempunyai kad laluan untuk memasuki pejabat.

"Saya kemudiannya pulang ke pejabat SPRM Klang pada 7 pagi, 16 Julai 2009 untuk punch card dan terus pulang ke rumah," katanya.

Ketika disoal Cheow adakah beliau sedar rakaman percakapannya telah bercanggah dengan kenyataannya hari ini, Zulkelfly berkata: "Seminggu selepas rakaman itu saya sedar dan pada saya tiada 'point' yang relevent."

azlanJawapan yang diberikan oleh Zulkelfly turut ditegur pengerusi suruhanjaya, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen agar memberi kerjasama yang baik untuk membantu suruhanjaya itu menyiasat kematian Teoh.

Zulkelfly turut bersetuju dengan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom bahawa perkara ini berlaku mungkin disebabkan kecuaian beliau ketika memberi keterangan kepada pihak polis.

Sementara itu, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Yusmizan Mohd Yusof memberitahu suruhanjaya beliau tidak terlibat dalam operasi di kawasan Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan dan Kampung Tunku.

aya cuma pergi ke syarikat Kim Tan Enterprise pada 15 Julai 2009 dengan rakan sekerja, Shazlin untuk mengesahkan sama ada syarikat itu membekalkan buku sekolah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sg Way," katanya ketika disoal peguam Edmund Bon dari Majlis Peguam.

Mohd Yusmizan memaklumkan beliau rapat dengan Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus namun selepas dua bulan kematian Teoh, Mohd Ashraf dilihat kurang bercampur dengan pegawai-pegawai SPRM yang lain.

Beliau juga bersetuju dengan Edmund bahawa Mohd Ashraf ada menghubunginya pada hari mayat Teoh dijumpai di tingkat 5, bangunan Plaza Malasam, pada 16 Julai 2009 namun panggilan yang diterima daripada rakan karibnya itu (Mohd Ashraf) hanya untuk memaklumkan mengenai ada rumah yang ingin dijual.

"Saya memang sedang mencari rumah untuk dibeli namun ketika Mohd Ashraf menghubungi saya untuk memaklumkan mengenai rumah itu saya rasa tidak berminat dan saya hanya memberitahu kepada Mohd Ashraf mengenai kematian Teoh dan memintanya supaya datang ke pejabat SPRM, Selangor.

"Saya agak terkejut apabila Mohd Ashraf memaklumkan tiada sesiapa pun yang menghubunginya untuk memaklumkan mengenai kejadian itu dan saya adala

Sementara itu, Zulkefly menafikan ada menghantar atau menerima kandungan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada rakan sejawatannya meminta bersabar dua hari selepas kematian Teoh Beng Hock.

Zulkelfly berkata, ini adalah kerana telefon bimbit berkenaan bukan miliknya.

Penafian itu dibuat apabila buat pertama kalinya suruhanjaya itu memberi kebenaran kepada saksi membuat panggilan telefon semasa prosiding sedang berjalan.

Panggilan telefon itu dibuat oleh Zulkelfly pada 11 pagi hingga 11.15 pagi bagi mengesahkan kandungan SMS yang didakwa oleh peguam Cheow Wee dari Majlis Peguam bahawa ia telah dihantar oleh Zulkelfly pada 18 Julai 2009 kepada pegawai penyiasat SPRM Mohd Anuar Ismail.

Cheow Wee kemudiannya membacakan kandungan SMS dalam prosiding kepada Zulkelfly yang terkenal dengan gelaran 'Ustaz Zul'.

"Sabar banyak-banyak bro. Gunakan pengalaman yang ada untuk selesaikan masalah...lari bukan jalan penyelesaian doa orang yang teraniaya tiada hijab di sisi Allah pasti pegawai atasan beri sokongan."

Bagaimanapun, selepas menelefon nombor yang diberi Cheow Wee, Zulkelfly memberitahu suruhanjaya itu pemilik nombor telefon yang sebenar ialah 'Zul', dan bukan dirinya berdasarkan penerima panggilan itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails