BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, April 24, 2011

satu BERITA...tapi macam macam cerita...aduhyaaa...

Walaubagaimanapun, Khalid berkata RPK tidak ditahan setelah memberi keterangan berkenaan.

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah dipanggil memberi keterangan di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand.

Khalid berkata keterangan itu diambil oleh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman yang ditugaskan untuk bertemu RPK di negara itu.

Beliau berkata keterangan itu diambil selepas satu laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengenai pengakuan RPK bahawa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Kita yang meminta beliau untuk memberi keterangan dan beliau bersetuju untuk membantu pihak polis,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Walaubagaimanapun, Khalid berkata RPK tidak ditahan setelah memberi keterangan berkenaan.

“Tiada sebab untuk kita menahan beliau kerana beliau telah berikan kerjasama dalam memberi keterangan,” katanya.

- Bernama

Raja Petra: Drama Bangkok, sejarah 2008 berulang

April 24, 2011
Raja Petra Kamarudin.
KUALA LUMPUR, 24 April — Raja Petra Kamarudin yang menyifatkan perkembangan terbaru mengenai dirinya semalam sebagai “drama Bangkok” menjelaskan, pihak polis mahu mengambil kenyataan daripadanya berkaitan laporan Utusan Malaysia susulan temu bual siaran TV3 dua minggu lalu.

Malah kata beliau drama Bangkok juga menunjukkan nasib yang menimpa dirinya berulang dikenakan tuduhan fitnah jenayah selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Sehubungan itu, tegas editor kontroversial Malaysia Today ini, polis mendampingi beliau di ibu negara Thailand semalam untuk mendapatkan kenyataan beliau bukan berkaitan temu bual TV3 ataupun akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya tiga tahun lalu.

“Nampaknya Utusan Malaysia membawa satu laporan berita mengenai temu bual dengan TV3 dan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu berkaitan dengan laporan Utusan Malaysia.

“Jadi, ia bukannya mengenai SD saya buat pada Jun 2008. Ia mengenai temu bual saya dengan TV3. Ia mengenai laporan berita Utusan Malaysia,” kata Raja Petra dalam entri terbaru di portalnya hari ini.

Salah seorang peguam Raja Petra, Haris Ibrahim pagi tadi memberitahu The Malaysian Insider bahawa polis belum mengambil kenyataannya.

Dalam tulisannya tengah hari ini, Raja Petra berkata, menurut polis pihaknya mahu menyiasat beliau di bawah Seksyen 203.

“(Seorang lagi peguam saya) Amarjit kemudian memberitahu ACP Aziz bahawa mereka (polis) telah pun mengambil kenyataannya di bawah Seksyen 203. Dan, kenyataan saya diambil di bawah Seksyen 112, yang bermakna ia disoal siasat sebagai saksi sahaja.

“Bagaimanapun mereka akhirnya caj saya di bawah Seksyen 501 bagi kesalahan fitnah jenayah dan bukannya Seksyen 203 kerana membuat kenyataan palsu,” kata beliau yang juga Pengerusi Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM).

Raja Petra berada di Bangkok untuk melancarkan cabang MCLM di Thailand.

Bagaimanapun menurut Raja Petra, ACP Aziz mengatakan bahawa ia bukan keputusannya tetapi Peguam Negara.

Laporan polis terhadap Raja Petra dibuat pada 14 April.

“Dan, laporan polis dengan jelas mengatakan bahwa Utusan Malaysia membawa satu laporan mengenai temu bual TV3 saya dan saya harus disoal siasat,” tulis Raja Petra lagi.

“Tanggapan peguam-peguam saya ialah soal siasat adalah terhadap saya dan ia kemungkinan memfokus pada kemungkinan saya telah berbohong dalam temu bual TV3. Itu sebabnya siasatan memfokus pada laporan polis dan di bawah Seksyen 203.

“Dan, itu yang sebenarnya berlaku pada 2008, di mana berakhir dengan saya dikenakan tuduhan fitnah jenayah. Jadi, kita melihat sejarah berulang di sini,” katanya lagi.

Raja Petra menambah, selepas perbincangan beliau memberitahu Haris dan Amarjit bahawa bersedia untuk diambil kenyataan meskipun wujud kekeliruan.

“Mereka tidak bersetuju tetapi akhirnya berlembut dengan syarat saya tidak melangkah ke Kedutaan Malaysia.

“Keputusan ini dipanjangkan kepada ACP Aziz yang naik angin dan berkata dia tidak lagi berminat untuk mengambil kenyataan,” katanya lagi.

“Kemudian saya menelefon ACP Aziz untuk saya secara sukarela bersedia kenyataan saya diambil tetapi dia memberitahu perkara yang sama dia maklum Haris bahawa dia tidak berminat untuk mengambil kenyataan saya.

“Dan, begitulah bagaimana drama Bangkok berakhir pada pukul 2 pagi (tadi),” katanya lagi.

Raja Petra menambah, beliau bersedia untuk memberikan kenyataannya tetapi peguamnya hanya bersetuju selagi tidak diambil di Kedutaan Malaysia.

“Polis berdegil bahawa ia mesti diambil di kedutaan. Jadi ke mana kita harus pergi dari sini?” kata blogger ini yang kini berada dalam buangan kendiri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails