BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, April 24, 2011

Melatah biar bergaya dan bercara..kalau silap..!

AH AH AH INI MASAALAHNYA BILA PIMPINAN MELATAH TAK BERCARA...SETIAP KALI BERPIDATO DIA JUGA BERKALI KALI PESAN..MEDIA MEDIA UTAMA ADALAH KAKITANGAN 3/4 UMNOBN..TAPI DIA SENDIRI MELATAH KERANA DICUIT OLEH SIMEDIA 3/4..AWAS...JANGAN TERPERANGKAP NANTI CUKUP PAYAH UNTUK MELEPAS..

Mustafa minta Azmin jangan percaya media perdana

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata timbalan presiden PKR, Azmin Ali tidak seharusnya melenting dan dengan mudah mempercayai apa yang dilaporkan dalam media arus perdana berhubung ulasannya mengenai kes video seks.

Mustafa berkata, Azmin tidak seharusnya mempercayai apa yang disiarkan oleh media 'milik Umno' semalam yang menyebut PAS akan menyemak semula hubungannya dengan PKR ekoran skandal video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media arus perdana, kata Mustafa, hanya mahu memecah-belahkan gabungan Pakatan Rakyat.

"Lihat laporan dalam media bukan milik Umno atau BN seperti Harakah dan yang lainnya, yang lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka dan memberi gambaran yang lebih jelas," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Azmin membidas laporan yang memetik Mustafa berhubung video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails