seeloknya kementerian memikirkan alternatif menambah tenaga Pelajar diImport khas dari SPRM...baru ada trilll dan cabaran ..ini terjatuh dahlah parah..keluarga mereka bertambah susah...takkan gitu..apa apa pun takziah buat pelajar ini..berhati hati dilain kali..
Pelajar parah jatuh bangunan sekolah
19/04/2011 7:20pm
SUNGAI PETANI - Seorang pelajar perempuan cedera parah selepas terjatuh daripada tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Amanjaya, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 6.15 pagi itu Masuria Surentharan, 15, dikatakan terjatuh dari bahagian koridor Blok F sekolah itu menyebabkan dia cedera di kepala dan patah kedua-dua kakinya.
Pelajar terbabit masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, kata Timbalan Pengarah Pelajaran negeri Roslee Ismail.
Bercakap kepada pemberita di sini beliau berkata, ketika kejadian Masuria dan pelajar lain sedang bersiap untuk memulakan sesi persekolahan. - Bernama
1 comment:
ini bukan kes berhati-hati @ tidak..tindakan yg disengajakan dan berniat..mungkin ada msalah yg kita tidak ketahui di rumah..
Post a Comment