BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, April 30, 2011

Iklan FREE sempena ceramah BOB LOKMAN

SEMPENA CERAMAH BOB LOKMAN DAN NIK ABDUH DI MARKAS PAS TAMAN DAMAI PADA 12HB MEI 2011 JAM 9MALAM...HARIAN METRO IKLAN FREE TANPA DIMINTA hi hi hi hi..In,allah cuaca baik hadirin celah Pokok Kelapa Sawit takde ruang..Sound system kena mantop...diharap Penganjur jangan spoil kerana bunyi yang baik sangat diperlukan untuk hidupkan suasana yang mantap...siapa penganjur nya itu,...? kena kepala aku lagi aduhhh...

‘Bob usah hipokrit, riak’

KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.

Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.

“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.


“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.

Kita pernah sama-sama ‘cari makan’ dalam bidang sama, tetapi apabila rasa nak beralih arah kenapa pula dia nak kutuk bidang yang pernah digelumangi,” katanya yang mendakwa mengenali Bob Lokman sejak 1985.

1 comment:

Pak Oncu said...

hahahahah ayah kepada 77 dah berbunyi,, jgn main main bob hahahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails