BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Wednesday, April 20, 2011

Rakyat kelas F..koorang lihat disini.....mentah mentah diTipu

SELAMA INI NAK BUAT SEMUANYA FREE OF CHARGE....MAI TAK MAI..K`JAAN SEDIAKAN PERUNTUKKAN 50JUTA...ooooi duit siapa itu kalau bukan duit aku dan hangpa...duit rakyatle....SENANG SENANG pIEEEm KITA INGAT RAKYAT SEMUA DALAM KELAS F..NGOK TAHAP GABAN...satu lagi cara dan perancangan untuk songlap dan habiskan duit rakyat..kalau setuju dan sokong.. PRU13 nanti terus sokong BN...akan ada program yang lebih hebat umpama kelas mengajar..cara cara melayari bahtera diMalam Pertama siap dengan Pakej rakaman Video..hi hi hi..

RM50 juta untuk projek emel 1Malaysia

Satu syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Pelaburan bagi Projek Emel 1Malaysia itu adalah bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan projek berkenaan hari ini berkata, emel berkenaan akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat di antara rakyat dan kerajaan.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pengguna dan juga warga niaga.

Ditanya sekiranya projek berkenaan akan bertembung dengan perkhidmatan dalam talian lain seperti MyEG, Tricubes berkata projek berkenaan berbeza daripada inisiatif sedia ada.

Ketua pegawai eksekutifnya Khairun Zainal Mokhtar berkata, berbeza dengan perkhidmatan bayaran dalam talian MyEG, perkhidmatan melibatkan email baru itu akan melibatkan penghantaran notis dan bil.

Satu keterangan yang diperolehi media berhubung projek berkenaan menyebut, Projek Emel 1Malaysia juga akan menyediakan perkhidmatan untuk menyemak bil dan bayaran.

Khairun berkata, syarikat berkenaan akan memiliki portal dan infrastruktur emel berkenaan sebaik saja ia siap pada Julai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails