BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, April 9, 2011

AWAS,,,,,Pencaci UMNOBN dimana-mana..

Tak kira anda dimana--awasi pencacai UMNOBN..mereka mungkin kawan baik anda..hanya kerana keuntungan sekupang dua..mereka sanggup dan rela gadaikan maruah hatta maruah kaum keluarga mereka..ini sebenarnya Perangai UMNO DULU KINI....

Laman web TV Selangor digodam lagi
Laman sesawang kerajaan negeri Selangor, TV Selangor sekali lagi digodam hari ini.

tvselangor02Menurut penolong pengurus, penerbitan kreatif, TV Selangor, Nik Ahmad Nik Mohamad Daud, laman mereka disedari digodam kira-kira jam 9 pagi ini dan pihaknya telah menutupnya sementara waktu sehingga dibaik pulih.

“Laman TV Selangor dipercayai digodam pagi tadi. Laman kami telah ditampal dengan kata-kata lucah dan berita-berita palsu.

“Ini kali kedua laman kami diserang. Kali terakhir adalah pada 31 Mac lalu ,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Nik Ahmad kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan tetapi tidak dapat memberi kepastian bila keadaan akan kembali sedia kala.

TV Selangor adalah saluran televisyen milik kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Ia mula beroperasi pada tahun 2008 selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai menteri besar.

tvselangor01TV Selangor diwujudkan kerana mendakwa kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh BN tidak memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat untuk menggunakan media miliknya seperti RTM bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat Selangor.

Ia adalah stesen milik penuh kerajaan Selangor. Namun, siarannaya hanya boleh ditonton menerusi internet kerana kerajaan persekutuan tidak memberi lesen penyiaran kepada TV Selangor untuk memancarkan siaran menerusi gelombang UHF/VHF ataupun menerusi satelit di Selangor.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails