BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, April 24, 2011

Trajedi Penodaan Bakal berulang Kembali..jeng jeng

Mula siasatan dan selesai,Ag minta siasata kembali,siasat dan selesai sekali lagi dikembalikkan..sekarang Polis minta masa kerana perlu penilitian yang lebih...jeng jeng kita tunggu dan lihat satu lagi penodaan atau keadilan diharu birukan ....jengggggg...gaya hidup 1malaysia...selagi mana siasatan tidak menepati kehendak pimpinan yang busuk hati selagi itu siasatan tidak memuaskan..(klaJ FaodfmvaLOC,Japsjd,a//.,Sm,DM)
Polis minta lebih masa siasat video seks
Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video lucah yang didakwa melibatkan individu mirip seorang pemimpin pembangkang kerana ia memerlukan penelitian bagi melengkapkan siasatan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.

NONE"Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari," katanya kepada Bernama.

"Kita jalankan kerja kita dan apa juga keputusannya kemudian akan diumumkan kalau bukan kita pihak Peguam Negara akan umumkan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di Shah Alam hari ini.

Rabu lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan polis menyemak dan menambah maklumat berhubung kertas siasatan rakaman aksi seks itu.

Ketua pendakwa Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata kertas siasatan dikemukakan pada 19 April itu telah dikembalikan pada hari yang sama.

altantuya trial 160707 tun majid"Saya telah berikan polis arahan supaya menyiasat lanjut. Kita tidak memberikan mereka sebarang tempoh masa untuk melengkapkan siasatan.

"Ini kali kedua kertas siasatan dipulangkan kepada polis,” kata Tun Majid (kanan).

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bahagian-bahagian yang memerlukan siasatan lanjut. Apabila ini dilakukan, ia bermakna ini kali ketiga bagi polis mengemukakan kertas siasatan mereka ke Pejabat Peguam Negara buat kali ketiga.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya sudah menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut minggu lalu tetapi diminta membuat semakan terhadap beberapa perkara.

NONEIsmail juga minggu lalu berkata polis telah mengenalpasti individu dalam aksi seks berkenaan dan mereka mempunyai bukti yang mencukupi serta pita tersebut adalah tulen.

Akhbar milik Umno - Berita Harian pada Rabu lalu yang memetik sumber polis juga melaporkan lokasi video seks tersebut dirakamkan - telah dikenalpasti iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur.

Selain itu, wanita dalam rakaman video seks itu dikatakan adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

azlanPada 21 Mac lalu, video berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara.

Trio 'Datuk T' itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails