BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, April 9, 2011

CUKUP MUDAH PERABIS WANG RAKYAT..

Tubuh inkues..dah selesai..duit termasuk kiraan persent..rakyat masih tak puas hati..tubuh pulak suruhanjaya diraja...duit lagi masyuk lagi...sampai bila..wang rakyat dan rakyat sendiri dijadikan mangsa....jangan sangka TONGKAT LANGIT selamanya..lelangit dalam mulut pun kadang kadang tercedera...nak timbang pakai pulak dacing yang dah tak berguna lagi...!

Kematian Sarbani : Kerajaan Timbang Tubuh Inkues

08/04/2011


KUALA LUMPUR 8 APRIL : Jemaah menteri yang bermesyuarat hari ini gagal membuat sebarang keputusan sama ada sebuah Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan bagi menyiasat kematian penolong pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membayangkan kemungkinan sebuah inkues ditubuhkan bagi menyiasat kejadian Rabu lalu itu tetapi katanya polis perlu menyelesaikan siasatan terlebih dahulu.

"Proses menentukan kes kematian mengejutkan ini lazimnya membabitkan penubuhan sebuah inkues sebelum Suruhanjaya Diraja boleh ditubuhkan,” katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah harin ini berkata kesan kecederaan pada jenazah Ahmad Sarbani konsisten dengan kesan orang jatuh bangunan.

Kelmarin, mayat Allahyarham, 56, ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan dengan kesan kecederaan di kepala.

Beliau adalah antara 62 pegawai Kastam yang ditahan semasa operasi SPRM dan enam agensi lain yang dinamakan Operasi 3B pada 1 April lalu di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain.

Beliau dilepaskan dengan jaminan pada 2 April lalu selepas didakwa di mahkamah.

Allahyarham dikebumikan di pusat pengkebumian Islam Kota Damansara pada jam 6.30 petang semalam.-Malaysiakini

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails