BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, April 11, 2011

Leeee..dari Kes kematian laaa dah tukar isu..saraan hidup

JANGAN TERPERANGKAP WAHAI PEGAWAI PEGAWAI YANG BUDIMAN lagi BIJAKSANA..SOAL SARAAN YANG BAIK ADALAH KEPERLUAN YANG WAJIB DISEDIAKAN KERAJAAN MENGIKUT SITUASI DAN PENDAPATAAN NEGARA..yang kita bincangkan soal ketidakadilan dalam kes kematian Pegawai tinggi ..ini seorang Pegawai Tinggi..apa kah jadahnya pegawai pegawai yang berpangkat rendah..dimana keselamatan dan ketelusan sewaktu mereka mereka ditangkap dan siasat bila ada kes terhadap mereka..?bagaimanakah procedure dan cara pegawai pegawai disoal siasat..dan kenapa boleh ada kematianyang mengejut diPejabat SPRM..?Jangan biarkan diri anda menjadi kuda tunggangan Pimpinan yang berkepentingan dengan janji janji saraan hidup ,kenaikan gaji,kemudahan yang lebih baik tetapi akhirnya anda menjadi alat mereka untuk menghapuskan musuh musuh politik mereka..

Staf Kastam perlukan skim saraan lebih baik, kata kesatuan

April 11, 2011

KUALA LUMPUR, 11 April — Ekoran kontroversi Operasi 3B dan disusuli kematian seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di presmis SPRM Rabu lalu, kesatuan sekerjanya melontarkan masalah lebih besar sambil menggesa Putrajaya mengkaji saraan dan kebajikan melibatkan 12,000 stafnya.

Antaranya, disyorkan agar diadakan satu suruhanjaya khusus bagi perkhidmatan kastam. Sehubungan itu, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mempertimbangkan aspek tersebut dengan segera.

Malah majoriti kepimpinan kesatuan kastam yang mengadakan pertemuan khas di Kelana Jaya kelmarin juga mengesyorkan agar staf KDRM hanya bekerja ikut “peraturan” bagi melahirkan rasa tidak puas hati dan protes dengan persekitaran kerja semasa dan Operasi 3B kendalian SPRM dua minggu lalu.

Bagaimanapun presiden kesatuan itu Ibrahim Ahmad tidak mahu kakitangan kastam bertindak terburu-buru, sebaliknya berhasrat menggunakan pendekatan perundingan dengan kerajaan terlebih dahulu.

Semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan wakil kesatuan dan persatuan pegawai-pegawai KDRM dalam usaha merungkai segala isu-isu yang sedang dihadapi termasuk ekoran insiden kematian salah seorang anggotanya di presmis SPRM.

“Tidak ada masalah, saya boleh jumpa, pada masa yang sesuai,” kata Najib.

KDRM terletak di bawah penyeliaan Kementerian Kewangan. Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, penolong pengarah KDRM, yang merupakan seorang daripada 62 kakitangan kastam disiasat, ditemui mati di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan di sini, Rabu lalu.

“Permintaan kami ialah sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula skim dan syarat perkhidmatan . . . perlu dilakukan satu rombakan, sama ada diadakan jawatankuasa khas atau badan khas untuk kajian, kami berharap kerajaan akan melakukan sesuatu untuk menjaga kebajikan kakitangan awam,” kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

Sambil mengatakan skim dan perkhidmatan membabitkan kakitangan KDRM sudah tidak relevan lagi, Ibrahim berkata, “apa yang hendak saya katakan ini kemungkinan menimbulkan risiko besar.”

“Tetapi, hakikatnya apabila pendapatan tidak cukup, mungkin boleh menyebabkan apa yang berlaku sekarang,” kata beliau.

“Berbanding dengan perkhidmatan polis, elaun dan insentif bagi kakitangan kastam jauh ketinggalan dan jauh berbeza,” kata beliau merujuk kepada tiada banyak perubahan sejak kerajaan melaksanakan Laporan Jawatankuasa Gaji Kabinet 1976.

Pada 1991, kerajaan memperkenalkan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia pada 2002, tetapi ia tidak banyak membawa perubahan, kata pemimpin kesatuan itu.

“Oleh itu, sudah tiba masanya kerajaan mengadakan suruhanjaya khas perkhidmatan bagi kakitangan kastam,” kata Presiden Persatuan Bekas Kastam Malaysia, Datuk Abdul Rahman Manan, ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bekas setiausaha agung Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung ini berkata, cadangan kajian semula dan penambahbaikan skim dan syarat perkhidmatan kastam sudah lama dibawa ke perhatian kerajaan tetapi belum memperlihatkan hasil.

Skim dan syarat perkhidmatan kastam melibatkan kerja-kerja penguatkuasaan akta kastam, kutipan cukai, pencegahan dan pentadbiran.

“Kerja-kerja ini ada risikonya, melibatkan giliran kerja 24 jam . . . jadi kami berpandangan bahawa Kastam memerlukan skim yang khas, misalnya diletakkan di bawah suruhanjaya perkastaman,” kata beliau yang juga bekas setiausaha agung Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam.

Sebagaimana diperkatakan oleh Ibrahim, Abduh Rahman juga bersetuju kakitangan Polis Diraja Malaysia memperoleh pendapatan “yang lebih baik” berbanding KDRM.

“Ya, kakitangan Jabatan Polis menerima pendapatan lebih baik berbanding staf KDRM, kemungkinan pendapatan mereka 10 hingga 15 peratus lebih tinggi,” kata beliau yang turut memberikan contoh bahawa kakitangan Angkatan Tentera Malaysia yang tinggal di luar kem pula menerima elaun perumahan sekitar RM230 sebulan berbanding hanya RM180 oleh kakitangan KDRM.

Ibrahim juga mendedahkan sejak 2004 kerajaan telah menghentikan insentif hadiah atau ganjaran jika kakitangan KDRM berjaya mematahkan penyeludupan.

“Insentif yang diberikan sejak zaman British dihentikan pada April 2004 di bawah keputusan Kabinet. Kita harap kerajaan akan menghidupkan semula insentif ini . . . ini sepatutnya diteruskan sebagai insentif kepada kakitangan KDRM,” katanya.

Kadar insentif itu bergantung pada merit kes, biazanya antara puluhan hingga ribuan ringgit, kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman juga mahu elaun pencegahan yang hanya diberi kepada kakitangan bahagian pencegahan KDRM dipanjangkan kepada kakitangan penguatkuasaan.

“Kerajaan juga perlu berikan elaun lebih masa dan elaun risiko lain yang sesuai di samping menyediakan insurans risiko,” katanya lagi.

Di sebalik tuntutan ini, kedua-dua Ibrahim dan Abdul Rahman memberitahu KDRM berfungsi dengan tidak cukup kakitangan.

“Ada masalah kekurangan kakitangan, sekitar 2,000 kekosongan belum diisi dan tidak diganti, di seluruh negara. Misalnya, di kompleks CIQ di Johor Baru ada kekurangan tenaga kerja serius, apabila Laluan Kedua Johor-Singapura dibuka, tiada tambahan kakitangan, cuma diserap dari bahagian-bahagian lain,” katanya yang berkhidmat di Johor Baru.

“Ada kakitangan Kastam yang bekerja sampai 16 jam,” kata Ibrahim manakala Abdul Rahman pula mendakwa ada kakitangan yang tidak menerima elaun lebih masa kerana masalah peruntukan jabatan.

“Ini tidak sepatutnya berlaku,” kata Abdul Rahman lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails