BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, April 29, 2011

Jangan Mudah Lupa............

setahun berlalu..dimana keadilan yang dijanjikan..?sekarang media 3/4 dan kroni sibuk dengan Punggok dan Pelacur..nasib rakyat disandarkan dalam VCD Lucah..apa punya binawe le UMNOBN ini..?

Keluarga Aminulrasyid tuntut Najib tunai janji


Surendran dengan ditemani kakak Allahyarham Aminulrasyid, Nor Azura (kiri) menunjukkan surat yang akan dihantar kepada Perdana Menteri, hari ini. — Foto oleh Jack Ooi
PETALING JAYA, 29 April — Datuk Seri Najib Razak mesti memenuhi janji beliau tahun lalu bahawa satu siasatan terperinci akan dijalankan berhubung kematian Aminulrasyid Amzah, keluarga remaja itu menuntut hari ini.

Norsian Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid berkata, beliau percaya ada usaha mahu menutup kes itu di pihak polis dan menggesa kesemua anggota polis termasuk Datuk Khalid Abu Bakar yang baru-baru ini dilantik sebagai timbalan ketua polis negara disiasat.

Khalid, kata beliau, pernah membuat kenyataan bersifat fitnah mengenai Aminulrasyid, menggambarkan Allahyarham sebagai seorang penjenayah dan tidak menarik balik kenyataannya.

“Perdana menteri telah menjanjikan kepada kami bahawa keadilan akan dipertahankan tetapi janji itu tidak ditunaikan lagi.

“Setahun sudah berlalu tetapi polis dan juga Kementerian Dalam Negeri tidak mengambil tanggungjawab berhubung kenyataan fitnah ataupun menarik balik apa yang mereka katakan,” kata beliau lagi.

Oleh itu kata Norsiah, dia membuat laporan polis hari ini.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

“Say mahu kesemua anggota polis yang terlibat termasuk timbalan ketua polis disiasat kerana cuba menutup kes ini.

“Kami telah menunggu selama setahun dan tidak apa yang berlaku, hanya seorang sahaja dicaj,” katanya lagi.

“Najib tidak memenuhi janjinya. Ada bukti menekan bukti dalam kes ini dan juga soal fitnah, tetapi tiada apa-apa pun dilakukan,” kata peguam keluarga Aminulrasyid N. Surendran.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang turut hadir berkata, beliau akan cuba dapatkan temu janji dengan Najib untuk menyelesaikan perkara itu dalam waktu terdekat.

“Polis harus menarik balik kenyataan mereka, kerana ia adalah fitnah, dan mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails